Thursday, July 11, 2013

Ramadhan..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum...

Dah lama saya tak menjengah ke blog ini... Rasa sudah lebih sebulan tak update new entry di blog ini... Maklumlah sangat sibuk sejak kebelakangan ini... Baru sahaja balik ke Malaysia 22 june lepas selepas tamat semester akhir sebagai pelajar pratikal di Semyung University, South Korea. dan seminggu selepas itu kena register di UKM untuk training kerjaya. Alhamdulillah rezeki Allah kurniakan.. Dikesempatan ini, saya nak mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Semoga di bulan yang mulia ini makin bertambah amalan kita. Maafkan atas salah silap dan kekhilafan yang pernah saya lakukan pada yang mengenali diri ini. Marilah kita perbanyakkan amalan kita dan saling bantu membantu sesama umat islam yang memerlukan. Jangan lupa juga rebut peluang untuk khatam Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan ini. satu hari satu juzuk Al-Quran... insyaAllah.. kita pasti boleh =)


InsyaAllah selepas selesai training atau dalam masa terdekat saya akan cuba update entry terbaru dan pengalaman semasa di Korea walaupun agak basi ceritanya. Semoga dapat menjadi panduan buat exchange student akan datang. InsyaAllah.. Dan saya juga akan sedang memikirkan untuk buat satu entry give away untuk pembaca blog. InsyaAllah..Tajuk belum difikirkan lagi tetapi akan diupdate di next entry. Antara hadiah yang bakal diberikan juga adalah souvenier yang saya beli di Korea. Siapa2 yang ada idea untuk give away ni boleh lah sumbangkan.. =) Akhir kata, di bulan Ramadhan ini, tingkatkan pahala, kurangkan dosa. insyaAllah... 

thanks for reading ^^