Friday, January 20, 2012

Zikir pada hari jumaat ♥


YA ALLAH … YA ALLAH … YA ALLAH

Maksudnya: Ya Allah, Ya Allah, Ya allah

~ Allah akan hampir dengan kita dan memberi segala kebaikan hamba yang memujiNya ~
~ Di hampirkan rahmat Allah dan dijauhkan dari azab Allah ~
~ Di kurniakan rasa suka/rajin/nikmat/lazat untuk berama ibadat, solat, atau tidak malu tutup aurat bagi wanita/perempuan. ~

Selamat beramal =D ~~

Thursday, January 19, 2012

Zikir pada hari khamis ♥



SUBHA NALLAH HIL A’ZIMI WA BI HAMDIH  (1000x)
Maksudnya: Maha suci Allah yang Maha Agung dan segala puji bagi-Nya

~ di ampunkan dosa kita walau sebanyak buih di laut atau pasir di bumi Allah ~
~tumbuh tanaman syurga bagi ny, sekali sebut tumbuh satu pohon syurga di taman syurga untuk nya~

Selamat Beramal =)

mula kan hari dengan senyuman..  ♥

Tuesday, January 17, 2012

16 Fakta tentang bayi ♥

kalau ditanya pada saya, dalam dunia ape yg paling comel, jawapan pertama yang saya akan terfikir ialah bayi.... since i've got a little sister which is jarak umur dgn saya adalah 18 tahun, so saya berpeluang merasa dan belajar cara2 penjagaan bayi.. dan my mom pnh mengajar cara2 memandikan bayi dan menjaga bayi.. apa yg paling saya suka tentang bayi ialah keletah mereka dan haruman mereka... org tua2 kata bayi ni membawa haruman syurga sbb mereka ni tiada dosa.. so bau mereka sgt2 harum... i am really addicted with baby and also babies stuff such as their cute stokin n their cute cloth walaupun saya masih bujang trang tang tang hehehe... back to the topic..  td mase tgh surfing internet i've found 16 fakta menakjub tentang bayi baru lahir yang mungkin kita tak tahu...




  • Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan




  • Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu. 




  • Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.




  • Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.




  • Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.




  • Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.



  • Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.




  • Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan




  • Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.




  • Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.




  • Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.




  • Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.




  • Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.




  • Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.




  • Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.




  • Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.



  • ni lah my little sis (suhana sofia) dan my nephew (mohd izzal qusyairi)

    cute kn ♥


    UNTUK INFO TENTANG BAYI YANG SELEBIH NYA BOLEH JUGA BACA DARI SINI

    p/s: tahniah untuk kwn2 yg baru saja melahirkan anak bulan ini, antara nya my best friends syahfira and kak laili =) .. wahh bila la nak merasa berumah tangga dan ade anak sendiri.. mesti best... 

    Saturday, January 7, 2012

    Ukhuwah itu indah~~

    Indahnya suatu persahabatan itu apabila ia wujud kerana Dia. Indahnya bila cinta yang ada kerana Dia. Indahnya kasih sayang yang wujud kerana Dia. Indahnya bila segalanya disandarkan hanya kerana Dia. Indahnya bila segala perbezaan disatukan kerana matlamat yang satu, iaitu menggapai redha-Nya.
    Tapi indahnya ukhwah itu tak cukup sekadar di mulut , Tak terlestari sekadar pada baris-baris ayat sahaja dan dalam satu-satu hubungan itu pastinya ada ujian. Maka, timbullah episod-episod terasa hati, tak puas hati, bersedih hati, makan hati, sakit hati akan menjengah hidup kita dan pastinya semua ini mampu menggugat cinta yang dah terbinayang lahirnya semua dari hati
    Apa juga permasalahannya, semuanya dari hati. Kita semua berbeza. Maka berlapang dadalah. Jangan biarkan penyakit-penyakit hati meraja dalam diri. Sebab pasti, kita yang akan rugi.


    Hidup tanpa kebasahan jiwa ukhwah, seperti hidup yang mati!
    Ukhuwah
    Saya baru diketuk kebenaran. Ukhuwah yang manis tidak akan dapat digapai secara membuta tuli. Tak cukuplah ukhuwah itu dengan hanya bertegur 'hye-hye dan bye-bye' tetapi ukhuwah yang sebenar melahirkan kesatuan dan menenangkan hati. Bila persaudaraan yang dihulur bukan keranaNya, percayalah, kita akan kalah dengan ujian dan berpecah juga akhirnya.
    Ukhuwah itu mengalami beberapa tingkatan proses iaitu :
    1. Ta'aruf : Saling Mengenal
    2. Tafahum : Saling Memahami
    3. Ta'awun : Saling Menolong
    4. Takaful : Saling Menanggung
    5. Itsar : Mendahulukan orang lain daripada diri sendiri
    Di mana letaknya ukhuwah kita?
    Saya sering merefleksi diri, melihat di mana kedudukan kami. Saya akui mungkin masih jauh dari menikmati nikmatnya ukhuwah yang sebenar. Namun, perjalanan ini tidak akan terhenti di sini. Saya mahu ukhuwah kami bersemi hingga bila satu saat kami ditakdirkan terpisah jauh, saya tidak perlu gusar. Kerana hati-hati kami telah pun terikat padu.
    Saya mengharapkan setiap dari kami sentiasa disuluh hidayah Illahi, sentiasa berada dalam biah solehah hingga nanti apabila kami ditakdirkan berkahwin, setiap dari kami mampu membina baitul muslim yang baik. Saya harapkan setiap kami sedia berjihad dan syahid. Saya mengharap dengan sangat agar kami menjadi tetangga di syurga nanti.
    semoga Allah perkenankan.
    "Tidak beriman seseorang diantaramu hingga kamu mencintainya seperti kamu mencintai dirimu sendiri" (HR. Bukhari-Muslim).

    buat sahabat ku; aku menyayangi kamu, merindui kamu.. sahabat ialah siapa yg menerima aku seadanya dgn melihat masa lampau dan masa kini ku.. sahabat ialah yang menerima keburukan dan kebaikan ku... sahabat ialah yg sering menasihati aku dan sahabat ialah yang sentiasa ada saat susah dan senang ku.. itu lah kamu sahabatku, sabariah binti zainal abidin, noor yanie binti alim dan wan najibah binti wan hassan.. uhibbukum fillah =)

    .:True friendship is like sound health, the value of it is seldom known until it is lost:. ~~ 


    juga khas buat AAY..semoga tempoh ta'aruf buat kita digunakan sebaik ny... insyaAllah..

    akhir kata: Ana farhan bimuqabalitikum..  =)