Monday, September 17, 2012

Life

Bismillah..
Assalamualaikum..



# kata2 hikmah.. copy dari FB seorang sahabat... terima kasih kak fida =D



Sahabat dan impian ♥

Bismillah..
Assalamualaikum..


Impian kita seakan sama..
Doa kita juga hampir serupa..
Permintaan kita tak kurang bezanya...

Tapi kenapa Hati kita jauh terasa, sukar menerima, berselindung rasa...

Mungkin kerana ikhlas masih tak terjaga,
Jujur masih separuh cuma,
Terima kita apa yg baik sahaja..
Atau rasa kita hanya dicipta cipta..

Persahabatan, sebuah ikatan mulanya di hati, lahirnya tindakan. Terpahatnya memori.
Semoga Allah kukuhkan setiap hubungan yg akan terjalin, tersimpul semua ikatan yg sudah terbina kekal di hati selamanya..

#copy paste dari wall FB seorang sahabat.. Ianya seperti apa yang saya fikir dan saya rasa..

Sahabat dan kawan ku semua, percayalah, Uhibbukum fillah abadan abada.. insyaAllah... ♥

Once i said friends, in hearts, still friends forever no matter what and no matter how..
♥ Thank you Allah.. U know the best ♥



Sampaikan ilmu~~

Bismillah..
Assalamualaikum..


Ilmu adalah anugerah Allah kepada setiap makhluk yang bergelar manusia.
Melalui ilmu, manusia berkuasa, ramai pengaruh dan pengikut.
Allah pula berkuasa mencabut, menghina dan memuliakan sesiapa yang dikehendakinya.
Justeru, janganlah seseorang itu sombong dan membanggakan diri dengan ilmu yang sedikit.
Seseorang yang mencintai ilmu, hatinya sentiasa terpaut dengan majlis ilmu walaupun jarak jauh yang perlu ditempuh, tenaga dan masa yang perlu dikorbankan.
Namun, jangan lupa, mereka yang menuntut ilmu, menjadi kewajipan kepadanya menyampaikan ilmu kepada mereka yang tidak hadir dalam majlis itu.
Sampaikan sama ada melalui mata pena (penulisan) atau lidah. Ini sesuai dengan hadis Rasulullah s.a.w, maksudnya: 
"Sampaikan daripadaku (meskipun satu ayat)".

Mereka yang mempunyai ilmu keagamaan wajib menyampaikan, tidak boleh disembunyikan walaupun satu ayat. Ini seperti sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Sesiapa yang mengetahui sesuatu ilmu itu lalu disembunyikan akan dia, nescaya Allah akan mengalungkan kepadanya di hari akhirat dengan kalungan dari neraka".

Sumber: myMetro -- Ad-Din

Sampaikan lah ilmu setiap hari..  ia saham yang tidak pernah rugi =)




Nak Minta Tolong Boleh?

Bismillah..
Assalamualaikum..

Hai Kawan-kawan pembaca blog ini... eh ade ke orang baca? heeee =p
Saya nak minta tolong boleh? ada dua perkara..

Tolong lah saya =)


Pertama:
 Ade baca kan permohonan saya untuk exchange program for my INTRA? saya  mohon jasa baik kawan2 untuk doakan permohonan saya dan kawan saya, Nonena berjaya... Honestly sedikit berharap untuk ke sana.. sebab nyaaaa... ada bykkkk... 

1) Kemajuan Teknologi mereka..
2) Nak rasa lifestyle dan work culture mereka..
3) Teringin nak rasa makanan mereka..
4) Memang salah satu impian nak ke sana, memandangkan ada peluang yg tak payah keluar duit sendiri banyak2.. hehehe *maaf, saya orang susah* =)
5) Yang paling penting, Nak timba pengalaman hidup berdikari kt negara orang...

Kedua:
Saya ada la gatal tangan pergi klik2 kat facebook nak masuk satu Carian Gadis Konfiden KOTEX walaupun diri tak lah sekonfiden mana sangat pun... tapi saja masuk suka2... Alkisah nya, masa naik lift kat UNIKL tuuuu, ternampak la iklan die tertampal kt dinding lift.. mula2 baca tak berminat... tapi2... sebab terbaca ade peluang nak dapat jemputan ke "Boot Camp" di Club Med Cherating tu.... lepas tu ada suara2 bisikan memujuk dan mengajak masuk peraduan ini *haha* so paksa la juga diri sertai carian ni... sebab nya saya memang suka sgt pegi sertai aktiviti luar tu... jadi nak minta la tolong undi ye... janji lepas Fasa 1 je untuk terpilih sertai boot camp tu...  

Cara2 nak undi, Senang jeee:
1) Like page iKnowMovement dan MYC ni.
2) Klik Link INI..
3) Klik pada Tab UNDI dan Undi saya Elin Sulaiman... 

ni la gambar yg saya letak untuk peraduan ni.. satu2nya gambar yg saya jumpe ade "V" pose

(kepada gadis2 tu leh lah join sekali mana tahu kita dapat, boleh jumpa dan berkenal-kenalan di boot camp kan? insyaAllah... **see Konfiden je dapat kn sedangkan slogan pon tak reti tulis hahaha)

Mudah kan? Jom2 tolong saya =D 

Da Tolong?? hehehe Terima Kasih...

Gembira dan terharu nya saya.. eceh =p

Terima kasih... Allah saja yang mampu balas jasa kalian...

=D

p/s: Malu sebenarnya nak masuk, tapi ade org yg suggest suruh masuk dgn bersungguh2 org tu memujuk dgn mengata kan betapa best nya boot camp itu... auuww tergoda akhirnya... kerana suka sgt sertai aktiviti mcm boot camp tu... senyum lah orang tu bila baca blog ni sbb tahu kita da masukkn? so awak2 bila lagi nak masuk? tehheee =p

#mana yg tolong tu boleh tinggal kan url blog di ruangan komen, boleh saya jenguk2 sebagai pem"blog-walking" yang tegar... =P