Thursday, July 5, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan ♥

Assalamualaikum..
Hari ini sudah 15 sya'ban.. tinggal lagi beberapa minggu sahaja dah nak masuk bulan Ramadhan.. bulan yg dinanti-nantikan oleh semua umat islam di seluruh dunia... Tak sabar rasa nya nak menyambut bulan Ramadhan... ♥

Tips-tips menghadapi Ramadhan =)

Sempena kedatangan bulan Ramadhan ni, saya nak mengajak kawan2 dan pembaca blog ini untuk menyertai satu kempen iaitu " satu hari, satu juzuk Al-Quran".. detail2 kempen:-

Nama kempen: Satu Hari, Satu Juzuk Al-Quran ♥
Tempat: Di kediaman sendiri dan di mana jua kita berada =)
Tarikh dan masa : Sepanjang bulan Ramadhan 
~ insyaAllah kita boleh khatam Al-Quran Selepas sebulan bulan Ramadhan ~




Daripada Abu Ummamah Al-Bahili r.a. katanya, “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Bacalah Al-Quran! Kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat (pembela) bagi orang yang membacanya. Bacalah dua surah yang bercahaya, iaitu surah Al-Baqarah dan surah Ali Imran. Kerana sesungguhnya keduanya akan datang pada hari kiamat seperti dua mega yang menaungi atau seperti dua awan yang melindungi di atas kepalanya atau seperti dua gerombolan burung yang bersaf-saf. Kedua-dua surah itu akan membela pembacanya.”

Dipersilakan share mana2 poster kempen ni dan sebarkan kempen ni.. InsyaAllah kita mampu melaksana kan nya.. Mari kita ajak family dan semua kawan2 kita yang kita sayangi.... Selamat beramal... ♥

p/s: cantikkan Al-Quran rainbow ni... =) ade sape2 nak hadiah kan kt saya tak?? hehehe =p gurau je...

Kdt gambar Al-Quran rainbow: Dian Pelangi

COmel~~

Assalamualaikum..

pada suatu hari yg tenang lg berbunga2... ececeh... mcm story teller lak... entry ni just short entry je.. nak citer tentang seekor kucing yg sgt comel... sangat2 comel.. Subhanallah... memang comel ciptaan Allah.... Tengahhari tadi lepas balik kelas, ade seekor kucing yg main berlari depan anak tangga umah sewa,, pastu die suke kejar kaki orang.. so sweet... dah la hari ni hati berbunga2... makin berbunga2 jadinya sebab tengok keletah kucing ni.. die mengesot2 nk ajak main pastu bila hulur kamera die toleh and posing... huhu so cute... tak tahu kucing sape.. mybe org buang kot sbb bru ade dekat area rumah ni... tapi area rumah sewa ni memang banyak kucing2.. da macam ladang ternakkan kucing da.. hehehe..  ape2 pon Alhamdulillah hari ni hari yg sangat tenang, dan mengembirakan... Bila kita buat sesuatu kerana Allah, insyaAllah akan terasa kesenangan dan nikmat tu... Alhamdulillah... =)

COmel ye... Pandai ajak2 org....

Pandai tk saya posing?? kikiki... bila hulur kamera pandai menoleh..

Dah setengah jam bermain, bru rasa penat ye meoooww...

So cute... ♥

Kelebihan malam nisfu sya'ban


1. Allah mengampuni dosa² para hamba-Nya yang memohon keampunan pada malam ini.

•••► Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Sesungguhnya Allah عز وجل menurunkan (para malaikat dengan perintah-Nya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampuni dosa² (para hamba-Nya di mana keampunan pada malam itu) lebih banyak dari bilangan bulu² yang terdapat pada kambing² peliharaan (bani) Kalb."
~ Riwayat Imam Ahmad رحمه الله.
- Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.

◆ Sahabat, jelas sekali bahawa malam ini merupakan malam yang penuh barakah. So, apa kita nak buat jika rahmat, keampunan & bermacam² pemberian Allah akan bertebaran pada malam ini? Nak biarkan sahaja? Oh, insyaAllah tidak.

✉>>> Amalan yang dianjurkan;

✔- Bacaan Yasin 3 kali berserta doa panjang umur di dalam taat, dikurniakan rezeki yang banyak lagi halal & dikekalkan iman sampai ajal datang menjemput.

✔- Zikir "Ya Allah" 1000 kali.

✔- Atau APA SAHAJA amalan kebaikan yang mengikut syariat Islam seperti buat majlis ta'lim, istighfar, solat taubah, mengaji surah selain surah Yasin dan lain-lain.

◆ Semua amalan di atas tidak dilakukan pada zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم khusus pada malam Nisfu Sya'ban ini, namun ia tetap amalan yang tidak terkeluar dari garis panduan Islam. Boleh dikiaskan seperti hukum sambutan MaulidurRasul. Ia bid'ah hasanah. Tapi ingat, ia bukan amalan yang WAJIB dilakukan pada malam ini.
--------------------------------------------------------------
2. Malamnya didirikan qiamulail (malam ini) & esok harinya (Khamis 15 Sya'ban = 5 Julai) berpuasa.

•••► Sayyidina Ali كرم الله وجهه berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya."
~ Riwayat Imam Ibn Majah رحمه الله.
--------------------------------------------------------------
3. Terdapat 18 golongan manusia yang tidak akan mendapat kelebihan Malam Nisfu Sya'ban ini, namun saya hanya ada 5 info sahaja. 

* Sila semak kembali pada diri anda? Jika ada, maka bertaubatlah dengan taubat nasuha & mohon kemaafan dengan orang yang kita buat salah terhadapnya.

•••► Pada malam itu Allah tidak menoleh kepada;

✖ 1. Orang yang melakukan syirik. 
✖ 2. Pengadu domba (kaki batu api). 
✖ 3. Pemutus silaturrahim/orang yang bermusuhan. 
✖ 4. Penderhaka kedua ibu bapa. 
✖ 5. Orang yang ketagih arak. 
---------------------------------------------------------------
Selamat beramal ツ.


#copy paste



Simpulan kasih ~~

Assalamualaikum...

Picture Simpulan kasih... kredit untuk kamera saya =)

entry kali ini nk cter sikit tentang simpulan kasih... Rasanya ade juga yg tak tau simpulan kasih tu ape kan?? simpulan kasih tu sejenis kuih raya... tapi sesetengah orang pangil popia simpul, ade jugak yg panggil mini popia.. simpulan kasih ni salah satu kuih raya yg saya jual tapi selalu nya amik tempahan dalam 15 balang je untuk kuih ni sebabnya sangat lama nak buat...siapa yg pernah buat memang tahu rse buat kuih ni mcm mana... selalu nya saya akan jual kuih ni rm20 sebalang tapi balang kecil je... Ada sesetengah org kata mahal nak dibandingkan dengan dekat luar kata nya... tapi sebenarny sebab harga nya rm20 sebalang ialah inti yg digunakan.. kt luar kebanyakan nya gune inti sardin n udang kering je tu yang murah tapi saya guna inti serunding daging atau ayam.. rasa dijamin lebih sedap.., insyaAllah.... nak order? boleh2 tapi tahun depan boleh la sbbnya kuih ni paling laris.. so tempahan untuk kuih ni da ditutup pada minggu pertama kuih ni di promote tahun ni sebab nya ramai yang cari.. susah nak cari yang guna inti serunding daging and ayam kata mereka.... Alhamdulillah rezeki Allah bgi byk tempahan yg saya dapat... tapi if ade yg nak order kuih lain, boleh la... murah2 saja.. nak boleh PM saya... =)

~antara kuih raya yg dijual~

~Antara tempahan kuih raya yang di ambil tahun lepas~

Antara kuih raya yg saya jual yang tiada dalam gambar: Almond london, tart nenas, tart blueberry, kuih dahlia, semprit,african mambo, coklat rice, cornflake madu, cornflake coklat dan banyak lagi... Sesiapa yg nak tempah boleh lah PM saya... Terima Kasih pada kawan2 yg selalu ambil tempahan dengan saya dan sekaligus membantu seorang pelajar menyimpan wang simpanan untuk berkahwin.. hehehehe =p acah mak enon =p


p/s: tempahan kuih raya dah dibuka sejak 21hb june 2012 hari tu, dan tempahan akan ditutup pada minggu pertama puasa.. kuih raya pulak akan dapat pada minggu ketiga atau minggu terakhir puasa..