Sunday, September 16, 2012

Hari lahir lelaki tercinta ♥

Bismillah..
Assalamualaikum..

Happy Malaysia day to all malaysian =)

hehe... hari ni 16 september 2012 juga merupakan hari lahir lelaki tercinta saya iaitu abah tercinta...
Selamat Hari Lahir Abah.. Sanah Helwah Abah..
Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat sentiasa dan sentiasa diredhai Allah..
Amin..
Terima kasih sebab menjaga kami 5 beradik yang sangat degil ni..
you are the best Abah in the universe... 
Sayang Abahhhhh lillahi ta'ala hatta fil jannah abadan abada ♥ 


Kenapa Abah adalah abah yang terbaik:
1) Abah yang meng-azan kan kami waktu kami baru lahir.
2) Abah yang mencari rezeki untuk kami.
3) Abah hantar kami ke sekolah, didik kami dengan segala ilmu untuk dunia dan akhirat..
4) Abah sentiasa mendoa, menasihati, memarahi, mngambil berat dan menyayangi kami sepenuhnya.
5) Abah yang akan bawak kami makan apa yang kami rasa nak makan bila kami sakit.
6) Abah yang keluar duit beli segala keperluan kami.
7) Abah buat segala-gala nya yang terbaik untuk kami.
8) Abah sediakan hanya yang terbaik untuk kami.
9) Abah hensem, abah baik, abah garang, abah kuat kerja, dan abah segala nya.
10) Abah lelaki pertama di hati kami, tiada yang boleh ganti tempat abah..
dan banyak lagi sebab2nya... tak larat nak taip da..

hehe
 love u abah ♥

Maafkan segala salah silap lin sepanjang 23 tahun abah menjaga anak abah yg paling abah sayang ni.. hehee  =)


Saturday, September 15, 2012

Adakah Dia Milikku?

Bismillah..
Assalamualaikum..

Persoalan yang seringkali timbul dalam hati setiap hamba Allah di muka bumi yang mendambakan cinta sesama manusia. Terkadang seribu usaha telah dilakukan dan tawakkal serta doa telah dilafazkan.Akan tetapi adakah hasilnya seperti ape yang diharapkan?
Sahabat,sedarlah bahawa usaha itu adalah satu kemestian yang dilakukan oleh setiap hamba Allah dimuka bumi kerana kita harus merancang akan tetapi Allah yang menentukan segalanya. Berapa ramai insan yang kecundang selepas usaha yang dilakukan tidak seperti apa yang dijangkakan?Bahkan ada yang memaling pada mentaati perintah Allah setelah kecewa dengan pengakhiran suatu usaha itu.
Sahabat, sedarlah bahawa Allah itu Maha kaya dan Maha mengetahui setiap hati hamba-hambanya.Ketentuan dariNya adalah yang terbaik untuk hamba-hambanya dan kita haruslah redha dengan ketentuanNya kerana ini adalah seiring dengan rukun iman keenam yakni percaya pada qadha dan qadar. Tidak redha dengan ketentuanNya bermakna tidak percaya pada rukun iman keenam. 
Jadikanlah Al-quran itu sebagai panduan. Sunnah menjadi ikutan. Solat hajat menjadi tempat mengadu luahan perasaan. Istikharah sebagai penghubung hati pada tuhan agar diberikan jalan dalam membuat pilihan. Indahnya Islam dalam mengajar umat islam untuk mencari jodoh yang baik.
Sahabat,berusahalah untuk mencari cinta sejati dengan sentiasa berusaha dan berdoa kepadaNya. Jangan pernah putus asa dalam usaha. Ujian Allah dalam meniti suatu perjalanan mencari cinta sangatlah berat kerana Allah inginkan hamba-hambaNya meminta-minta padaNya. Bersabalah atas setiap ujian yang kita hadapi dengan tabah dan redha dengan ketentuanNya. 
Jika pilihan kita bukan seperti yang kita harap dan dambakan, percayalah tidak akan sesekali rugi bagi mereka yang bermusyawarah dan beristikharah kepada Allah. Adakalanya pilihan manusia itu, walau baik pada pandangan mata manusia, tetapi hakikatnya penuh kemudharatan tanpa kita sangka. Sedangkan sesuatu yang kita rasakan kurang baik di mata manusia, rupanya penuh kebaikan padanya tanpa sedikit pun kita sedari. Mungkin juga pada saat ini kita melihatnya sesuatu yang indah, namun kita tidak tahu ianya akan menjadi suram pada masa mendatang.

Demikianlah pilihan Allah... ianya adalah baik untuk kita, agama kita, dan baik untuk setiap keadaan dan waktu yang ada. Pengetahuan Allah mengatasi pengetahuan hamba-hambaNya, maka serahkan urusan jodoh itu pada Allah. Jangan dipeningkan kotak fikir kita memikirkan siapa jodoh kita. Jika ada jodoh, pasti tidak akan ke mana. Yang penting siapkan diri kita agar menjadi soleh dan solehah. Siapa jodoh kita adalah ditentukan oleh diri kita sendiri. Jika kita soleh, insyaAllah Dia akan temukan kita dengan yang solehah. Jika kita solehah, maka Allah akan temukan dengan yang soleh. Bukankah Allah telah berfirman, Lelaki yang baik itu untuk wanita yang baik. Maka Yakinlah!  Janji Allah itu pasti benar.
Jangan mudah lesu dengan istiqamah.Jangan mudah mengalah dengan ujian yang ada tetapi jadikan lah ujian itu  sebagai satu kekuatan pada kita untuk terus berusaha dalam mencari cinta sejati. Namun nilai suatu cinta itu janganlah dilandaskan dengan nafsu. Biarlah ianya diredhai ole Allah swt. Suatu cinta yang berlandaskan nafsu itu mengundang murka Allah.
Tepuk dada tanya fikiran kerana apa kita cintakan seseorang itu. Adakah kerana hartanya? kerana paras rupanya? atau kerana agamanya? Pujilah kaum hawa itu atas kecantikannya tetapi pujilah dengan niat semata-mata pujian atas keindahan ciptaan Allah. Pujian yang bersandarkan kebesaran dan keagungan yang menciptakannya. Dan janganlah memuji sehingga mengundang syirik padaNya.
InsyaAllah para sahabat yang membaca artikel ini akan saya doakan juga supaya anda dipertemukan jodoh yang baik yang mampu membahagiakan anda bukan sahaja di dunia bahkan di syurga kelak. Amin

Hazihi Sabili

Bismillah..
Assalamualaikum..

Sumber: iluvislam

Friday, September 14, 2012

One Step to Seize the Opportunities~

Bismillah..
Assalamualaikum...

InsyaAllah~~


 "Allahumma yassir wala tu'assir, Rabbi Thammim bil khoir, Birohmatikaya Arhamarrohimin "
~Ya Allah, Engkau permudahkanlah....jangan Engkau susahkan. Ya Allah, Engkau akhirkan dengan kebaikkan ~

Amin ♥

# No matter what people said, just follow your heartbeat because Allah know your "Nawaitu"... InsyaAllah jika itu yang ditakdirkan, pasti ada jalan.. Believe in Allah ♥.. You have a lots of supportive people in your life who understand you the most... USAHA, DOA and TAWAKAL !!! 

# Tolong doakan saya ye.. =)





**All my beloved person in life said; dont be afraid, just try.. believe in Allah :')