Monday, December 3, 2012

In Progress~~

Bismillah..
Assalamualaikum..


Still in progress... Buku yang dibuat untuk menjadi peneman di negara orang nanti... Insya Allah... Akan di isi semua pengalaman dan semuanya didalam buku ini untuk orang-orang tertentu membaca isi hati disaat diri di sana... 

For me, this book will be the medium to tell how i will manage to survive toward my dreams.
 "The day I realized, not everything that I want would be mine.. On that day I decide to work on it even it is not destined to be owned by me one day. But for me, at least I’m trying on.. It is still going to be something very valuable to me.. As we know, “Experience” is the words for “something precious”."
-me, myself and i-

♥ When opportunity knocks, answer the door.
 ♥ " No soul knows what has been hidden for them of comfort for eyes as a reward for what they used to do" - Quran 32:17
♥ " This is my journey. Allah puts me here. It's His plan so I have just to carry on and trust Him. " 
~ "..... Allah is the BEST of planners!" [Ali-Imraan (3):54]


Food Part 1: Resepi Carbonara Cheese Spaghetti ~

Bismillah..
Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Dah lama ada niat nak berkongsi resepi... tapi sentiasa lupa nak update... untuk entry kali ni saya nak berkongsi resepi sesuai untuk orang-orang bujang terutama nya.. resepi carbonara cheese spaghetti.. Mudah, Murah dan Sedap... =)

Gambar kurang cantik sebab gune kamera murah..

Bahan-Bahan:
Spaghetti (agak2 nak makan banyak mana)
Carbonara Cream sauce-1/2 tin ( apa2 jenama pon boleh.. pastikan halal)
Mozarella cheese (nak pakai cheddar cheese pon ok)
Sosej Ayam -1 bijik (betol ke panggil biji? ntah la)
minyak masak - 1 sudu  (lebih elok kalau pakai minyak zaitun)
Serbuk black pepper
Garam
Cendawan butang -beberapa bijik (ikt suka)
1/3 cawan air

Cara-cara:
1) Rebus spaghetti sehingga empuk. kemudian tos kan... (letak dalam pinggan dan tepikan)
2) Potong sosej ayam dan cendawan butang menjadi hirisan2 kecil... (ketebalan hirisan terpulang)
3) Panaskan periuk, panaskan satu sudu minyak masak dan masuk kan sosej tadi... goreng sehingga masak. 
4) Masukkan Carbonara cream sause, 1/3 cawan air dan garam... kacau2 sikit...
5) Masukkan Cendawan butang yang telah dihiris td.. Kacau dan tunggu sehingga masak... Kemudian tutup api..
6) Tuang sos carbonara yang telah siap dimasak ke atas spaghetti tadi, taburkan kepingan-kepingan mozarella cheese dan kemudian taburkan serbuk black pepper.. Siap untuk di makan... =)

p/s: maaflah sukatan tak tau nak tulis macam mana, selalu ikut suka dan rasa je.. hehehe =p

Selamat mencuba...  


Saturday, November 24, 2012

Itulah saya =)

Bismillah..
Assalamualaikum..

Saya tidaklah sempurna, tapi itulah saya.

Saya pernah mengambil keputusan yang silap dan membuat pilihan yang salah, tapi itulah saya.

Saya pernah berkata perkara yang salah, dan berkata perkara yang betul, tapi itulah saya.

Bukan semua yang pernah dilakukan oleh sendiri disukai saya, tapi saya tetap melakukannya kerana itulah saya.

Saya pernah tersilap memilih kawan dan tersalah mempercayai orang, tapi itulah saya.

Jika saya diberi peluang untuk melakukannya semula, saya tetap memilih pengajaran yang sama yang sudah ditentukan Allah, kenapa?

Kerana itulah saya.

Terdapat banyak kebaikan pada saya, anda hanya perlu melihat di sebalik ketidak-sempurnaan ini untuk melihat keistimewaan saya.

Jika anda tidak dapat melakukannya, anda yang rugi dan bukannya saya.

Saya telah menjadi saya yang terbaik. Itulah saya.

Kata-kata di atas diharap dapat menjadi pengubat kepada orang yang hati dan keyakinannya diluka oleh kata-kata yang tidak sedap didengar dan menghina.

Sayangilah diri sendiri, sebagaimana Allah menyayangimu kerana anda adalah ciptaan Allah yang paling sempurna.

Jangan sesekali menyimpan dendam, dendam adalah perkara paling berat di dunia ini. Antara petua untuk hidup bergembira dan panjang ialah memaafkan segalanya yang berlaku setiap hari sebelum tidur dan jangan mengharap apa-apa balasan daripada sesiapa dan apa-apa untuk apa yang telah dilakukan.

Berkebajikan dan kemaafan ialah sifat-sifat terpuji yang pulangan amat berlumayan iaitu minda yang tenang dan kebahagiaan.

Sudahkah meletakkan gelas air anda?

Senyum.



Sumber: Facebook Ahmad Fathi








Tuesday, November 20, 2012

Selamat Pengantin Baru~

Bismillah..
Assalamualaikum..

Entry kali ni ditujukan khas buat kawan tercinta, Siti rohaya dan Pasangan ( Adil Azhar) yang telah selamat  melangsungkan pernikahan pada 16 november 2012.. Barakallahu lakuma wa baraka alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair.. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga, semoga di kurnia kan cahaya mata yang soleh dan solehah serta sentiasa diredhai Allah.. in syaa Allah... Aamiin... =)
Terima kasih kerana sudi menjemput saya ke majlis perkawinan k.aya.. Love u lillah hatta fil jannah abadan abada.. in syaa Allah..




terima kasih juga kepada kak fida sebab sudi tumpang kan saya... =)