Friday, March 21, 2014

Tarbiyyah Kreatif

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..






Sumber : iluvislam

Thursday, March 13, 2014

Titian Perjalanan

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

BAHAGIA itu yang selalu kita ingin dan impikan.Tetapi sejauh mana kita faham erti kebahagian.Sedangkan sebenarnya kita sendiri tidak pasti apa itu bahagia..
Semoga dengan hasil penulisan saya dapat kita sama-sama jadikan ia sebagai semangat untuk terus berjalan mencari kebahagiaan..InsyaAllah
bahagia itu pilihan
Nama saya F (bukan nama sebenar) saya seorang wanita yang biasa,yang sentiasa happy,sekalipun saya di landa masaalah,saya selalu berusaha membuat orang di sekeliling saya tertawa,walaupun saya bukan datang dari keluarga yang punya segalanya,yang sentiasa boleh dapat apa yang saya nak,tetapi saya tetap bersyukur dengan apa yang telah Allah beri.
Sejak di bangku sekolah lagi,saya usaha sendiri tanpa membebankan keluarga saya,bila saya rasa saya mampu untuk usaha sendiri,saya mula lupa siapa diri saya.hari demi hari saya semakin jauh di sebabkan nikmat dunia.masa itu naluri remaja memberontak,pada saya kehidupan di alam remaja untuk enjoy sana sini tanpa fikir apa yang akan jadi pada saya di masa hadapan,habis hari ini besok ada lagi.itulah yang saya simpan di kepala saya.
Saya tipu kalau saya cakap saya tak pernah bercinta,dan di sebabkan cinta saya pada manusia lebih kuat dari cinta saya kepada yang lebih utama,saya hanyut dalam kenikmatan dunia,hanyut dalam cinta ciptaan saya sendiri.saya pernah bertunang,dan saya hampir berkahwin,kita manusia hanya merancang,tetapi penentunya Allah.saya redha dengan ketentuan yang telah Allah berikan.walaupun saya kecewa tetapi hidup harus saya teruskan.
Saya manusia,saya terlalu lalai,saya tidak jadikan pengalaman masa lalu sebagai pengajaran,saya kembali hanyut dalam ceritera cinta,saya seakan tidak boleh hidup tanpa seorang boyfriend.setelah beberapa tahun bercinta tanpa ada ikatan yang sah,sekali lagi saya di uji oleh Allah,lelaki yang saya rasa akan bimbing saya ke jannah,itu adalah rasa yang datang dan terdorong dari iblis,saya di pukul,saya di hina,di maki,oleh lelaki yang saya cinta,sungguh cetek pemikiran saya ketika itu.akhirnya perhubungan itu berlalu begitu sahaja.
Suatu hari itu saya rasa bagaikan saya di kejut dari tidur yang lama,datang satu perasaan yang tak pernah saya alami,masuknya waktu maghrib saya terus ambil wudhuk,dan saya solat dalam keadaan saya menangis tak ubah seperti bayi,setiap baris ayat yang saya baca semakin buat saya teresak-esak,selepas abis solat,saya berdoa pada Allah,sebab saya pernah dengar kawan-kawan cakap ketika Nabi Adam meminta pengampunan dari Allah,Nabi Adam berdoa dan minta di ampunkn ketika ia solat maghrib,saya berdoa pada Allah,saya luahkan segalanya,saya minta Allah tunjukkan jalan yang terbaik untuk saya,dan saya minta Allah tunjukkan siapa jodoh saya.setiap hari saya solat tak putus saya berdoa.
Seminggu selepas itu,saya bermimpi seseorang yang saya kenal dan dia kawan saya,datang hulurkan tangan.2 hari saya bermimpi benda yang sama,pada hari ke 3 saya kuatkan semangat dan ikhlaskan hati,pada saya ketika itu, ini yang telah Allah tentukan,saya berjumpa kawan saya dan saya ceritakan semuanya,apa yang saya mimpi,dengan izin Allah kawan saya melamar saya,kami bertunang sebulan,selepas itu kami di satukan dalam pernikahan sehinggalah sekarang,
Sekarang genap setahun saya menjadi seorang isteri,syukur dan Alhamdulillah kerana Allah hadirkan seorang suami untuk saya yang selalu membimbing saya,yang selalu tunjukkan saya jalan menuju kebahagiaan,yang selalu menegur jika saya tersilap,yang selalu ingatkan cinta utama saya adalah Allah,Amin ya Allah.akhir sekali perkara yang ingin saya katakan, jika kita terlalu mencintai seorang manusia lebih dari kita mencintai Allah penyudah kehidupan kita,takkan pernah kita temui apa itu cinta yang penuh dengan keindahan,kebahagiaan itu milik kita,kita yang menciptanya, jika kita terlalu leka dan di buai dgn kebahagiaan duniawi,ingatlah itu tidak akan menjanjikan apa-apa untuk kita.letakkan lah cinta kita pada yang utama..janji Allah itu pasti..kelak kita akan temui kebahagiaan yang hakiki..
Sekian.. Wassalam
Sumber: iluvislam
Semoga cerita ini menjadi inspirasi buat saya dan sahabat diluar sana. InsyaAllah..

Thursday, February 13, 2014

Fokus dan khusyuk dalam Solat

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Kenapalah susah sangat kita nak fokus & beri perhatian dalam solat? Tiap kali nak solat confirm hati susah nak fokus, kadang-kadang fikiran kita sering kali melayang memikirkan hal-hal seharian yang sudah atau akan kita lakukan seterusnya sampai kita sudah terlupa berapa jumlah rakaat yang telah dikerjakan. Terkadang kita tidak memahami apa yang kit abaca dalam solat kerana kurangnya focus dalam bacaan kerna hati tidak hadir dalam khyusuknya solat dan fikiran melayang entah kemana.
Macam tulah kita manusia, sesetengah dari kita ni jasad dan lidah yang melakukan solat tetapi hati tidak hadir bersama dalam solat. Ini namanya lalai. Sepertimana dalam firman Allah: “Maka celakalah orang yang solat iaitu orang-orang yang lalai terhadap solatnya”- Surah Al-Ma’un: 4-5
Oleh itu supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang lalai dalam solat, kita terlebih dahulu kena have a check-up on our heart, sejauh mana hati tu hadir dalam solat.


Pemahaman Khyusuk
Khyusuk adalah spertimana mana kata Saidina Umar r.a terangkan: “Khyusuk itu bukan menundukkan kepala, tetapi khyusuk itu dalam hati” dan menurut Imam Ghazali pula: “khuysuk kehadiran hati, kosentrasi, rasa tunduk, pasrah dan kehormatan yang tinggi kepada Allah”. Oleh itu Khyusuk itu adalah cirri utama dalam konsentrasi solat, termasuklah konsentrasi dalam bacaan solat dan perbuatan dalam solat.
Fungsi dan kebaikan khyusuk dalam solat
Fungsi utama khyusuk itu adalah pembersihan hati dan akal kerana dengan hadirnya khyusuk maka akan lebih dekatlah kita kepada Allah di dalam solat. Kita akan merasa lebih mudah untuk ‘berbicara’ dengan Allah sebab hati lebih dekat dan bersih ketika dalam solat.
Kebaikan khusyuk itu adalah membersihkan hati, bererti membersihkan hati dari sifat-sifat tercela terutama ria’ dan takabbur serta lalai dan munafik. Khyusuk boleh dikatakan sebagai elemen utama dalam solat yang mampu mencegah penyakit-penyakit hati tersebut diatas.
Menurut ustaz Dr. Farhan Hadi, Khyusuk juga dapat melatih diri sabar kerana menurut beliau dengan member konsentrasi dalam tempoh yang lama juga dapat melatih manusia untuk menjadi lebih sabar dalam menghadapi pelbagai masalah dan cabaran dalam kehidupan sehari-hari.
Panduan menghilangkan halangan yang dapat menggangu kekhusuyukan solat menurut Dr. Abdullah Aidh Al-Qarni:
  1. Menghilangkan sesuatu yang dapat menganggu orang solat- seperti pemasangan tirai solat atau sejadah yang bergambar yang boleh menggangu konsentrasi solat
  2. Tidak solat memakai pakaian yang berhias, mempunyai tulisan, bergambar,warna-warni yang boleh menganggu orang lain dan diri kita
  3. Jangan solat sementara hidangan telah tersedia. Kita tidak akan solat dengan khusyuk kerana hati kita akan teringat pada makanan itu
  4. Jangan menahan kencing atau buang hajat ketika solat kerana menurut sabda Rasulullah: “Tidak boleh solat sedangkan makanan telah tersedia di hadapannya dan tidak boleh juga solat padahal ia menahan kencing atau buang hajat”
  5. Jangan solat dalam keadaan mengantuk. Sabda Rasulullah s.a.w: “Bilamana salah seorang di antara kamu yang mengantuk, tidurlah sehingga hilang mengantuk baru solat”
  6. Tidak solat dibelakang orang sedang berbicara atau tidur. Hal ini jelas dapat menganggu khyusuk, apalagi jika ucapan dilakukan dengan suara yang keras
  7. Tidak menyibukkan diri dengan membersihkan (kotoran, pasir) yang terdapat pada tempat sujud ketika solat. Hendaklah hal ini dilakukan sebelum solat
  8. Jangan mengingat sesuatu yang menimbulkan atau membangkitkan nasfsu syahwat atau kemarahan.
Itulah diantarpanduan untuk mendapatkan khyusuk solat yang digaris-pandukan oleh Dr. Al-Qarni yang sedikit sebanyak boleh di aplikasikan dalam memperbaiki tahap kekhyusukan kiat dalam bersolat.
Insha Allah moga kita juga tergolong dalam orang-orang yang memperolehi khyusuk yang hakiki yang mendekatkan hati kita kepada Allah ketika dalam solat dan memperolehi ganjaran khyusuk itu sepertimana yang Allah katakan: “Sesungguhnya orang yang beriman, iaitu orang yang khyusuk dalam solatnya, mereka itulah yang akan mewarisi syurga Firdaus dan mereka kekal di dalamnya”- Al-Mukminun: 1-3.
Sumber: iLuvIslam


Monday, February 10, 2014

Contest Hijrahku

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Sedang berblogwalking setelah sekian lama tak menjenguk blog-blog favourite, terjumpe contest hijrahku by kak Maera Ismail.. Tujuan saya join contest ni bukan kerana hadiah tetapi ingin berkongsi apa yang pernah saya lalui sebelum ini yang menyebabkan saya berhijrah ke cara pemakaian saya sekarang… Hijrah saya masih belum sempurna dan masih lagi dalam proses untuk memperbaiki diri kepada yang lebih baik.. InsyaAllah bukan saja dari segi pemakaian tetapi cara hidup,sikap, ikhtilat dan setiap segi kehidupan saya.. May Allah ease every step yang saya lalui.. Aamiin..



Dahulu nya, saya seorang yg bertudung sangat singkat dan kadang2 on kadang2 off, berseluar jeans yang sangat ketat, berbaju pendek paras atas punggung, dan berpakaian jarang… Astaghfirullahalazim.. Semoga Allah mengampunkan dosa saya yg lalu.. Semasa di sekolah, saya pernah ditegur oleh ustazah bilamana hanya saya saja ketika itu yang tidak bertudung ke kelas, tetapi teguran itu hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.. namun semakin umur saya meningkat, semakin rasa malu itu timbul lalu saya mula bertudung tetapi hanya disekolah.. Apabila naik ke sekolah menengah atas saya mula memakai tudung secara tetap tetapi tudung yg singkat diatas dada.. tiada rasa malu ketika itu kerana pada pikiran saya masa itu, memakai tudung sudah cukup utk menutup aurat.
Selepas masuk ke peringkat university, Allah takdirkan saya bertemu seorang rakan merangkap roomate yang sangat sabar menegur cara berpakaian saya dengan cara berhemah selepas melihat cara pemakaian saya yg semakin lama mngikut arus “fesyen moden” saat menjejakkan kaki ke university akibat pengaruh rakan lain.. bertudung tetapi singkat dan berpakaian sendat.. Nama nya Nurul Ain’. Cara teguran beliau bukan lah dengan memarahi, memerli ataupun mengherdik. Tidak melalui kata2 kasar tetapi melalui perbuatan dan ajakan. Satu cara yang berkesan pada pendapat saya kerana saat itu tidak pernah timbul rasa marah walau setitik pn pada ajakan beliau. Pada mula ajakannya, Ain membelikan saya stoking kaki dan beliau juga mengajar saya cara memakai tudung dengan menunjukkan saya fesyen tudung yg menutup dada yang pada saat itu langsung saya tak terfikir yg dia mahu mengajar saya cara menutup aurat dgn betul. Malah saat itu saya terpikir yg dia hanya mengajar saya berfesyen. Kata2, ajakan dan perbuatan yang lembut membuatkan saya mengikut apa yang diajar. Pada mula saya berkawan dgn nya, saya sangat pelik kenapa dia memakai stoking kaki, namun tidak pernah bertanya kepada nya. Tetapi beliau kemudian membeli dan mengajar saya memakai stoking kaki dgn mengatakan bahawa akan lebih terjaga kaki apabila berstokin. Malah sikit demi sedikit dia menerangkan bahawa kaki itu aurat. Dari situ lah saya mula memakai stoking kaki dan sehingga kini jika tidak berstokin saya merasa tidak lengkap.

Selain itu salah satu kejadian yang menimpa saya juga turut mendorong hijrah cara pemakaian saya. Kejadian itu berlaku semasa saya di university peringkat diploma. Ketika itu saya baru menjejakkan kami di semester ketiga, saya berjalan pulang dari kampus ke rumah sewa bersama tiga orang rakan serumah. Dengan berpakaian seluar jean ketat dan bercorak bunga di poket bahagian belakang dan berbaju t-shirt pendek paras atas punggung. Ketika berjalan pulang, dibelakang kami adalah budak sekelas lelaki yang turut pulang dari kuliah melalui jalan yang sama dengan kami. Tiba2, salah seorang budak lelaki itu menegur saya dengan berkata “ Lin, Cantik p******g kau..”.. Allahuakbar.. malunya saya ketika itu.. walaupun saat itu, budak lelaki itu meminta maaf kerana tersasul. Niat nya yg sebenar adalah utk menegur cantik corak bunga pada seluar saya di poket belakang seluar tetapi akibat tersasul maka terkeluar ayat yg memalukan saya. Malunya saya dengan kawan2 saya dan budak lelaki lain yang turut berada disana. Malam itu saya terfikir kenapa seorang lelaki boleh tersasul begitu, pada saya ketika itu, mungkin salah saya kerana memakai pakaian begitu dan mengundang sendiri peristiwa itu kerana sebagai perempuan, saya tidak tahu cara seorang lelaki melihat seorang perempuan yg berpakaian sendat. Semenjak itu, saya mula melabuhkan baju saya dan memakai seluar yang longgar. Malah sedikit demi sedikit saya berubah kepada memakai handsock dan melabuhkan tudung.


 Itulah cerita hijrah saya. Maaf kalau perkataan yg digunakan tidak elok. Niat saya hanya ingin berkongsi. Akhir kata, pada rakan2 yg mahu berhijrah, biar hijrah kita sedikit tapi istiqamah. Biar mula dgn rasa terpaksa namun akan timbul rasa biasa. Pada rakan2 yg bertemu seseorang yg perlu bimbingan utk berhijrah, bimbing dan tegur lah dengan cara BERHEMAH bukan dengan cara memalukan dan memerli di hadapan mahupun di alam maya tapi bimbinglah dgn ajakan dan perbuatan yang lembut dan terus. InsyaAllah apabila cara kita berhemah dan niat kita betul, Allah akan gerakkan hati org yg ingin ditegur dan dibimbing. Jika Nampak seseorang itu sedang berhijrah, bantulah untuk menaikkan bukan menjatuhkan. Bantulah bukan mencari keburukan mereka dgn mempersoalkan perubahan mereka. Ada yang berubah sedikit demi sedikit dan ada yang berubah sekaligus. Jangan lah kita merasa sempurna dgn perubahan kita lalu mencari keburukan orang yg berubah sedikit demi sedikit kerana kemampuan setiap orang adalah berbeza kerana kisah kita berbeza.Mungkin kita mampu berubah semua segi sekaligus tetapi orang lain hanya mampu bermula dgn hanya cara pemakaian atau mungkin hanya dari segi sikap dan kelakuan dalam satu2 masa. Banyak atau sedikit langkah yg diambil tidak penting asalkan istiqamah dan berusaha.

“ Banyakkan Terang bukan Serang, Banyakkan Selidik dan Didik bukan Herdik”

Nasihat saya pada yang ingin berubah, carilah redha Allah saat berubah, bukan redha manusia kerana Allah mengira setiap titik usaha kita dan Allah maha mengetahui kemampuan hambaNya sedangkan manusia hanya ingin melihat apa yang mereka mahu lihat berdasarkan hati dan emosi mereka. Berubah Lillahi Ta’ala. Terima kasih kerana membaca kisah yang agak membosankan ini kerana saya bukan penulis mahupun pencerita yang hebat. Sekadar berkongsi pengalaman. Semoga yang buruk dijadikan pengajaran dan yg baik dijadikan tauladan. Maafkan andai ada tersalah tulis kerana saya hanya manusia biasa yg masih dalam proses hijrah menjadi yang lebih baik. Semoga Allah permudahkan segala usaha dan hijrah kita.. InsyaAllah.. Aamin.. 


Wednesday, February 5, 2014

Finally!!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum..


Finally.. selepas kesibukan yang berpanjangan, akhirnya dapat jugak menjenguk blog ni.. Alhamdulillah bermacam perkara baik dan buruk dilalui selepas tamat belajar.. Alhamdulillah sudah menjejaki ke alam pekerjaan. 
After this, insyaAllah akan cuba mencari masa untuk update blog dan melakukan perkongsian tentang perkara2 yang berlaku dan juga buku2 yang pernah dibaca kerana banyak perkara yang telah dipelajari..

Terima kasih kerana sudi menjenguk blog ini..
Semoga kita menjadi insan yang lebih baik dari semalam.. dan berusaha untuk menjadi lebih baik pada hari esok.. 

=)