Monday, April 16, 2012

Cara mengubati sakit kepala atau migrain~

Assalammualaikum.. saya sedang dilanda migrain yg agak teruk.. sekarang semakin berkurang setelah mengamalkan cara mengubati sakit kepala atau migrain ini... Mudah saja... hanya memerlukan segelas air mineral atau air masak... baca ayat ke 19 surah al-waaqi'ah, sedut nafas sekali dan tiup atau hembus pada air mineral senafas yg panjang perlahan2.. lepas tu minum air tersebut dan tinggalkan sedikit untuk disapukan di kepala.. insyaAllah mujarab.. moga2 boleh menghilangkan/ meredakan/mengurangkan sakit kepala.. insyaAllah.. amin..

Maksudnya:"Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya."


Sesungguhnya sakit itu kifarah dosa2 kita yg lalu.. semoga sakit ini menjadi kifarah dosa2 ku yang lalu.. ampunkan aku, ya Allah.. amin... 

Saturday, April 14, 2012

♥ Sunnah Rasulullah Sebelum Tidur ♥


Assalammualaikum.. Entri kali ni saya nak berkongsi tentang sunnah Rasulullah sebelum tidur sebagai panduan untuk kita mempraktikkan nya.. Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar. Antara sunnah Rasulullah sebelum tidur ialah:

1) Membaca doa tidur
بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَحْياَ وَأَمُوتُ

" Dengan nama Engkau ya Allah, aku mati dan aku hidup". (Diriwayatkan oleh Bukhari)

2) Merapatkan kedua tapak tangan dan meniupkan pada kedua-dua tapak tangan dan membaca:

قُلْ هُوَ الله أَحَدٌ
قل أعوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ
قل أعوذ برب النّاسِ

3) Membaca ayat kursi

4) Membaca:
اللَّهم قِنِي عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبادَكَ

" Ya Allah, peliharalah aku dari azabmu pada hari Engkau membangkitkan hambamu." 
 (Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi)

Dibaca sebanyak tiga kali dan dibaca ketika meletakkan tangan kanan di bawah pipi.

5) Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah sebanyak 33 kali dan membaca Allahuakbar 34 kali. (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

6) Tidur dalam keadaan suci daripada hadas.

7) Tidur di atas rusuk atau lambung kanan,

8) Meletakkan tangan kanan dibawah pipi kanan. ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W:

" Adalah beliau apabila tidur, beliau meletakkan tangan kanannya di bawah pipi." 
( Diriwayatkan oleh Abu Daud)

9) Mengibas tilam sebelum tidur.

10) Membaca surah al-Kafirun.
       ~ kelebihan membaca surah ini adalah terhindar dari sifat syirik. 
                    (Diriwayatkan oleh Abu Daud, Tarmizi dan Ahmad)


" Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik pada hari akhirat. Dia pula menyebut dan mengingat Allah sebanyak-banyaknya."
 (Surah al-Ahzab: ayat 21)

Melakukan sunnah Rasulullah S.A.W menyenangkan hati orang yang mengamalkannya. Selamat beramal ♥..

♥ Mengkhatamkan Al-Quran setiap bulan ♥

Rasulullah saw. bersabda: 

“Bacalah (tamatkan) al Qur’an dalam setiap bulan”. 
                                         
                                                             (HR. Abu Daud).

Cara mengkhatamkan Al-Quran setiap bulan adalah dengan memperuntukkan masa sekadar sepuluh minit sebelum solat atau selepas solat untuk membaca dua muka surat Al-Quran. Dalam sehari, pembaca membaca 10 muka surat Al-Quran iaitu menghabiskan satu juzuk, Dengan ini, kita dapat mengkhatamkan Al-Quran dalam masa sebulan dengan mudah. InsyaAllah...

Sabda Rasulullah: "Bacalah Al-Qur'an, karena ia akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafa 'at bagi pembacanya. " (Hadis Riwayat Muslim dari Abu Umamah)

Jom.. kita mula mengamalkan nya...Selamat mencuba ♥