1) Membaca doa tidur
بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَحْياَ وَأَمُوتُ
" Dengan nama Engkau ya Allah, aku mati dan aku hidup". (Diriwayatkan oleh Bukhari)
2) Merapatkan kedua tapak tangan dan meniupkan pada kedua-dua tapak tangan dan membaca:
قُلْ هُوَ الله أَحَدٌ
قل أعوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ
قل أعوذ برب النّاسِ
قل أعوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ
قل أعوذ برب النّاسِ
3) Membaca ayat kursi
4) Membaca:
اللَّهم قِنِي عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبادَكَ
" Ya Allah, peliharalah aku dari azabmu pada hari Engkau membangkitkan hambamu."
(Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi)
Dibaca sebanyak tiga kali dan dibaca ketika meletakkan tangan kanan di bawah pipi.
5) Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah sebanyak 33 kali dan membaca Allahuakbar 34 kali. (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).
6) Tidur dalam keadaan suci daripada hadas.
7) Tidur di atas rusuk atau lambung kanan,
8) Meletakkan tangan kanan dibawah pipi kanan. ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W:
" Adalah beliau apabila tidur, beliau meletakkan tangan kanannya di bawah pipi."
( Diriwayatkan oleh Abu Daud)
9) Mengibas tilam sebelum tidur.
10) Membaca surah al-Kafirun.
~ kelebihan membaca surah ini adalah terhindar dari sifat syirik.
(Diriwayatkan oleh Abu Daud, Tarmizi dan Ahmad)
" Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik pada hari akhirat. Dia pula menyebut dan mengingat Allah sebanyak-banyaknya."
(Surah al-Ahzab: ayat 21)
Melakukan sunnah Rasulullah S.A.W menyenangkan hati orang yang mengamalkannya. Selamat beramal ♥..
No comments:
Post a Comment