Wednesday, June 20, 2012

Yang tersirat dan tersembunyi~~


wahai hati..
tiap saat yang engkau lalui...
hanya diri ini sahaja yg mengerti..
betapa keperitan mencecah tahap infiniti..
betapa kesusahan yg engkau sedang hadapi..
betapa pedih ape yg engkau pendam di dalam ini..
berusaha la untuk mengatasi..

Hati..
Tersenyumlah wahai hati..
Biar betapa sakit jalan yg sedang engkau lalui..
Biar betapa susah yg engkau rasai..
Biar betapa sulit engkau perlu hadapi..
Berdoa lah..
Yakin dengan Ilahi..

Rasa Hati..
Biar betapa jauh engkau cuba sembunyi..
Biar betapa dalam engkau tanam harapan ini...
Allah tetap akan mengenal pasti...
Ya... mungkin engkau sedang bersedih wahai hati...
kerana engkau tahu mereka- mereka tidak pernah ingin mengerti..
Mereka-mereka tidak akan memahami..
Mereka- mereka tak mampu selami..
Kerana.. bukan mereka yg merasai..
Bukan mereka yg melalui..
bukan mereka yg hadapi..


Hati...
Ingatlah satu yg pasti..
Biar apa yang mereka adili..
Tetaplah teguh berdiri..
Hanya engkau yg tahu apa yg sedang engkau lalui...
Sekuat mana usaha mu, mereka tidak akan peduli..
yg mereka tahu hanya apa yg mereka kata realiti...
tapi realiti mereka hanya dilihat dengan pandangan mata sendiri...
bukan difahami dengan mata hati...

Hati..
Sandarkan keyakinan yg tulus pada Ilahi..
Doa lah saat sujud dihari-hari..
Pohon lah selagi mampu meluahkan isi hati..
Menangis lah andai itu yg mampu melegakan kesedihan di hati..
Hanya pada Ilahi...
Hanya pada Ilahi..
Hanya pada Ilahi... sebaik2 sandaran buat hati... 

~ La Tahzan innallaha ma'na ~




“Dan Jangan kamu berputus asa dari Rahmat Allah. Sesungguhnya tidaklah berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.” QS Yusuf (12) : 87



No comments: