Sunday, August 26, 2012

Warkah Buat Isteri..

Bismillah..
Assalamualaikum..

Saya ade membaca sebuah blog yang sgt menyentuh hati saya... Sebenarnya saya mendengar cerita mereka pada mula nya dari ibu saudara saya yang memberi saya link Encik Abil Fikri Ahmad.. Sila lihat link blog dan facebook di bawah untuk info lanjut mengenai kisah encik Abil Fikri Ahmad. Marilah kita membantu meringan kan beban kita semampu yg kita boleh.. 
Kisah pengorbanan seorang suami yang mengorbankan kerjayanya untuk menjaga dan memberi sepenuh perhatian terhadap isteri yang dinikahinya 2 tahun lalu. Fauziah mengalami kerosakan pada saraf otak.Untuk menyalurkan sumbangan kepada mereka:

akaun CIMB Abil Fikri Ahmad, 0506-0040577-52-1
https://www.facebook.com/pages/Dana-Sinar-Fauziah/337818622942791

Semoga Allah kurniakan ketabahan yang tinggi buat mereka dan Semoga Allah menyembuhkan puan Fauziah.. Amin..

Friday, August 17, 2012

Salam Aidilfitri ♥

Bismillah...
Assalamualaikum..

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri... Saya memohon ampun dan maaf atas salah dan silap saya terhadap rakan2 blogger dan semua yang mengenali diri saya...  Semoga kita semua sentiasa berbahagia bersama insan tersayang dan sentiasa diberkati dan diredhai Allah... Aamiiin ♥


Sumber gambar:- google

p/s: terima kasih kepada semua pelanggan yg sudi menempah kuih raya dari kami di elynnshaz blogshop.. Alhamdulillah tempahan tahun ini sangat memberansangkan... =) yeayy!! leh kumpul duit kawen cepat2.. kuikui... tp kawen nye lambat lgi hehehe =p




Falsafah Perkahwinan Menurut Islam ♥ Mawaddah wa rahmah



Firman Allah: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, maka ALLAH ciptakan untuk kamu (kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu perasaan mawaddah dan rahmah. (al-Rum, ayat 21)

Mawaddah Warahmah

FALSAFAH PERKAHWINAN MENURUT ISLAM

Di dalam al-Quran dijelaskan bahawa tujuan pernikahan adalah untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

Mawaddah Warahmah 1

Alam ini terasa indah kerana Allah menciptakannya berpasang-pasangan. Ada siang, ada pula malam.  Ada tempat yang subur, ada pula yang tandus. Ada gunung-ganang yang tinggi tapi ada juga lembah dan lurah yang dalam. Ada lelaki dan ada pula perempuan.

Mawaddah Warahmah 2

Allah menciptakan pasangan untuk manusia agar mereka dapat hidup seiring sejalan, berbahagi suka dan duka serta tetap bersama dalam melayari kehidupan yang penuh dengan onak, duri, dugaan, tentangan dan cabaran demi mencapai satu matlamat mendapatkan keluarga sakinah mardatillah.

Selain ketenangan di dalam pernikahan, Allah SWT juga menciptakan mawaddah dan rahmah di hati suami dan isteri.  Sebahagian ahli tafsir membezakan makna mawaddah dan rahmah ini.  Bagi mereka, mawaddah adalah rasa cinta berdasarkan syahwat kemanusiaan, iaitu keinginan untuk melakukan hubungan suami isteri yang akan melahirkan dan mengembangkan keturunan manusia.

Mawaddah Warahmah 3

Mawaddah Warahmah 4

Mawaddah Warahmah 5

Mawaddah atau keinginan untuk melakukan hubungan suami isteri ini ada hadnya seiring dengan umur manusia itu sendiri. Apabila seorang lelaki telah berumur 60-70 tahun dan perempuan berumur 50 tahun, mawaddah ini akan berkurangan. Maka, pada saat inilah Allah SWT akan menimbulkan rahmah atau kasih sayang yang suci murni di hati pasangan berkenaan.

Mawaddah Warahmah 6

Menurut Prof Dr Hamka, rahmah lebih tinggi kedudukannya daripada mawaddah sebab ia kasih mesra di antara suami isteri yang bukan lagi berasaskan keinginan syahwat, sebaliknya rasa kasih sayang murni yang tumbuh dari jiwa yang paling dalam sehingga suami isteri merasakan kebahagiaan yang tidak bertepi dan ketenangan yang tidak berbatas.

Mawaddah Warahmah 7

Pada masa ini mereka bukan lagi berfikir mengenai tongkat ali, Viagra dan ubat-ubat lain bagi mengembalikan kekuatan tenaga batin tetapi yang mereka inginkan adalah mengisi hari-hari akhir ini dengan beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah sedekat-dekatnya secara bersama-sama. Mereka juga berusaha memberikan contoh yang baik, teladan dan nasihat kepada anak cucu supaya mereka tidak salah dalam memilih jalan hidup di dunia yang penuh dugaan ini. Inilah hakikat rahmah itu.

Melihat kes yang terjadi di negara kita, di mana dilaporkan sudah banyak terjadi pasangan tua yang berpisah kerana ingin bernikah dengan yang lebih muda, maka dapat dikatakan bahawa terjadi krisis rahmah dalam perkahwinan hinggakan hubungan seks menjadi matlamat.

Mawaddah Warahmah 8

Pada saat ini, seakan-akan Allah hanya memberikan kepada kita mawaddah tetapi mencabut nikmat rahmah. Akibatnya, kes-kes seperti di atas semakin menjadi-jadi dan kebahagiaan rumah tangga semakin jauh.  Allah akan menurunkan rahmah di dalam satu keluarga apabila keluarga berkenaan dibina atas niat mencari keredaan Allah. Oleh sebab itu, di dalam proses membina satu rumah tangga, Rasulullah memberikan bimbingan kepada umat Islam agar memilih pasangan kerana empat prinsip, iaitu kecantikan, keturunan, kekayaan dan agamanya.  Akan tetapi Rasulullah memberatkan agar agama menjadi keutamaan. Ada kalanya orang memilih pasangan kerana kecantikan dan kekayaan sehingga mereka lupa bahawa kecantikan dan harta bersifat sementara. Begitu juga dengan keturunan dan nasab tidak selamanya menjamin kebahagiaan.

Oleh sebab itulah, Rasulullah menyuruh memilih pasangan kerana agama sebab kekurangan dalam rupa, harta dan nasab atau keturunan akan disempurnakan oleh agama.   Wanita yang beragama akan timbul di wajahnya kecantikan yang lahir dari jiwanya dan menyinari segenap tubuhnya, bukan kecantikan palsu yang diselaputi solekan.   Wanita yang beragama juga akan melahirkan sifat qana’ah, iaitu berasa cukup dengan yang mereka miliki dan tidak terlalu memaksa diri untuk mencapai sesuatu. Sifat inilah yang dikatakan oleh ahli tasawuf dengan kekayaan yang sebenarnya.

Mawaddah Warahmah 9

Agama pula membezakan seorang manusia dengan manusia yang lain, bukan kerana keturunan dan kedudukan seperti firman Allah yang bermaksud:

Mawaddah Warahmah 10

Oleh itu, keluarga yang dibina atas dasar agama ini akan memiliki  matlamat yang jelas.   Bagi mereka, hidup di dunia ini hanyalah satu jalan menuju kehidupan akhirat yang abadi sehingga apa pun yang mereka lakukan dalam keluarga itu tidak keluar daripada tujuan asal untuk mencipta keluarga sakinah yang diredai Allah dan berjuang untuk menegakkan agama Allah dalam semua aspek kehidupan mereka.

Dalam keluarga Islam, hubungan yang dihalalkan melalui pernikahan itu bukan sekadar memenuhi hawa nafsu semata-mata tetapi ia satu ibadah yang bertujuan melahirkan generasi atau zuriat yang soleh. Keluarga yang soleh ini akan melahirkan masyarakat yang soleh dan akan menjadi asas bagi negara yang soleh, bertamaddun dan berwawasan. Konsep pernikahan seperti inilah yang membezakan manusia dengan haiwan.  Salah satu cara terbaik ialah dengan menanamkan kesedaran kepada masyarakat mengenai hakikat atau falsafah pernikahan dalam Islam sebagai alat mencipta keluarga sakinah, bukan sekadar memenuhi keperluan syahwat semata-mata.

Pengisian nilai-nilai agama sangat diperlukan dalam sebuah keluarga agar memiliki matlamat yang jelas dalam mengisi sebuah perkahwinan.

Mawaddah Warahmah 11



Matlamat utama dlm perkahwinan - Redha Allah Redha Allah !

InsyaAllah =)


Monday, August 13, 2012

Alhamdulillah =)

Luahan isi hati ke hati bersama mak.. 
Alhamdulillah..
ade ramai insan tersayang yg ambil berat... 
Sayang semua..
sayang mama, sayang abah, sayang mak, sayang mak long, sayang semua..
terima kasih sbb slalu bg sokongan moral..
Terima kasih sbb sentiasa support dr belakang, depan, kiri kanan..
Muah Muah Muah... =D

Friday, August 10, 2012

Wanita dan Haid ~~

Bismillah..
Assalamualaikum..

Di sini saya nk berkongsi sedikit tentang amalan ketika haid untuk rakan-rakan semua..

.:Doa Wanita ketika Haid:.


Maksud nya: "Segala puji bagi Allah atas segala hal dan Ya Allah, aku memohon keampunan kepadaMu dari segala dosa-dosaku." ( Riwayat dari Aisyah R.A dipetik dari kitab Durratun Nasihi Fil Wa'zi Wal Israr)

Barang siapa membaca nya pada hari pertama haid:
1) Sepanjang haid mendapat pahala seperti beribadat.
2) Selamat dari azab neraka.
3) Pahala 40 orang syahid.
4) Mudah meniti Titian Sirat.
5) Dimudahkan perjalanan darah haid.


Selamat beramal =)



Wednesday, August 1, 2012

Maa Fi Qolbi Ghairullah!

Bismillah..
Assalamualaikum =)


p/s: Rindu dan istighfar, kan dpt pahala kan...? jdkan rindu itu beristighfar pd Allah SWT... InsyaAllah selamat !

Sumber: Dla Sweet

Riak.. Astaghfirullahaladzim~~

Bismillah..
Assalamualaikum..



Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: "Sesungguhnya yang paling aku takut menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad) 

Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Riak, syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya apabila mengetahui seseorang memandangnya." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Riak ialah menampakan ibadah dengan niat mendapat perhatian atau pujian manusia. Menampakkan amal soleh agar dilihat oleh manusia lain agar dirinya mendapatkan pujian, kedudukan atau penghargaan atau keuntungan duniawi. 

Berkata imam Qurtubi,: “Hakikat riya’ ialah menginginkan dunia dalam ibadah dan asalnya ialah menginginkan kedudukan di hati manusia.”

Al Hafidz Ibn Hajar menjelaskan “Riya’ ialah menampakkan ibadah dengan tujuan agar dilihat manusia, lalu mereka memuji pelaku amal tersebut.” 

Riak ialah melakukan sesuatu bukan kerana Allah. 

Orang tidak tahu jika kita riak. Kita juga tidak boleh mengatakan orang lain itu riak. Ini adalah kerana riak adalah niat atau perasaan atau tujuan di dalam hati. Niat di hati adalah rahsia Allah yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Tetapi ALLAH maha mengetahui niat dan hasrat di hati kita. 

Nabi saw. bersabda yang maksudnya: “Sesiapa sum'ah (menceritakan amalnya), maka Allah akan menceritakan aibnya dan sesiapa beramal kerana riak maka Allah akan membuka niatnya di hadapan manusia pada hari kiamat kelak.” (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim) 

Abu Hurairah yang berkata, ”Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya orang yang pertama kali diadili pada hari kiamat adalah orang yang mati syahid di jalan Allah. Dia didatangkan kemudian dinampakkan kepadanya nikmat-nikmat yang diberikan kepadanya maka dia pun mengakuinya. Allah bertanya, “Apa yang kamu lakukan dengannya?” Dia menjawab, “Aku berperang untuk-Mu sampai aku mati syahid.” Allah berfirman, “Engkau dusta, sebenarnya engkau berperang kerana ingin disebut sebagai orang yang berani. Dan itu sudah kau perolehi.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka.
Kemudian seorang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya dan juga membaca Al Quran. Dia didatangkan kemudian ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang sudah didapatinya dan dia pun mengakuinya. Allah bertanya, “Apakah yang sudah kau perbuat dengannya ?” Maka dia menjawab, “Aku menuntut ilmu, mengajarkannya dan membaca Al Quran kerena-Mu.” Allah berfirman, ”Engkau dusta, sebenarnya engkau menuntut ilmu supaya disebut sebagai orang alim. Engkau membaca Quran supaya disebut sebagai Qari’.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka.
Kemudian ada seseorang yang telah mendapatkan anugerah banyak harta. Dia didatangkan dan ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang diperolehnya. Maka dia pun mengakuinya. Allah bertanya, “Apakah yang sudah kamu perbuat dengannya?” Dia menjawab, “Aku telah sedekahkan harta di jalan-Mu dan untuk-Mu.” Allah berfirman, “Engkau dusta, sebenarnya engkau lakukan untuk digelar orang yang dermawan dan engkau sudah memperolehnya.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka.” (HR Muslim)





Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.(Al-Baqarah 2:264)

 Astaghfirullahaladzim~~

Pesanan buat diri sendiri dan kawan2 semua.. Semoga Allah jauhkan diri saya dan kawan2 dari sifat riak dan takbur ... Aamiiinnn ='(