Saturday, November 24, 2012

Itulah saya =)

Bismillah..
Assalamualaikum..

Saya tidaklah sempurna, tapi itulah saya.

Saya pernah mengambil keputusan yang silap dan membuat pilihan yang salah, tapi itulah saya.

Saya pernah berkata perkara yang salah, dan berkata perkara yang betul, tapi itulah saya.

Bukan semua yang pernah dilakukan oleh sendiri disukai saya, tapi saya tetap melakukannya kerana itulah saya.

Saya pernah tersilap memilih kawan dan tersalah mempercayai orang, tapi itulah saya.

Jika saya diberi peluang untuk melakukannya semula, saya tetap memilih pengajaran yang sama yang sudah ditentukan Allah, kenapa?

Kerana itulah saya.

Terdapat banyak kebaikan pada saya, anda hanya perlu melihat di sebalik ketidak-sempurnaan ini untuk melihat keistimewaan saya.

Jika anda tidak dapat melakukannya, anda yang rugi dan bukannya saya.

Saya telah menjadi saya yang terbaik. Itulah saya.

Kata-kata di atas diharap dapat menjadi pengubat kepada orang yang hati dan keyakinannya diluka oleh kata-kata yang tidak sedap didengar dan menghina.

Sayangilah diri sendiri, sebagaimana Allah menyayangimu kerana anda adalah ciptaan Allah yang paling sempurna.

Jangan sesekali menyimpan dendam, dendam adalah perkara paling berat di dunia ini. Antara petua untuk hidup bergembira dan panjang ialah memaafkan segalanya yang berlaku setiap hari sebelum tidur dan jangan mengharap apa-apa balasan daripada sesiapa dan apa-apa untuk apa yang telah dilakukan.

Berkebajikan dan kemaafan ialah sifat-sifat terpuji yang pulangan amat berlumayan iaitu minda yang tenang dan kebahagiaan.

Sudahkah meletakkan gelas air anda?

Senyum.



Sumber: Facebook Ahmad Fathi








Tuesday, November 20, 2012

Selamat Pengantin Baru~

Bismillah..
Assalamualaikum..

Entry kali ni ditujukan khas buat kawan tercinta, Siti rohaya dan Pasangan ( Adil Azhar) yang telah selamat  melangsungkan pernikahan pada 16 november 2012.. Barakallahu lakuma wa baraka alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair.. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga, semoga di kurnia kan cahaya mata yang soleh dan solehah serta sentiasa diredhai Allah.. in syaa Allah... Aamiin... =)
Terima kasih kerana sudi menjemput saya ke majlis perkawinan k.aya.. Love u lillah hatta fil jannah abadan abada.. in syaa Allah..




terima kasih juga kepada kak fida sebab sudi tumpang kan saya... =)



Sunday, November 18, 2012

Perbezaan antara 'InsyaAllah' dgn 'IN SYAA ALLAH'


بسم الله الرحمن الرحيم 

 Assalamualaikum


Saudara dan saudari yang dirahmati Allah سبحانه وتعالى, seringkali kita menyebut Insya-Allah dalam kehidupan harian kita malah ianya sudah pun dilagukan seperti yang dinyanyikan oleh Maher Zain.
Menyebut Insya-Allah memang dituntut oleh Islam terutama apabila kita ingin atau berhasrat melakukan sesuatu yang belum pasti berlaku melainkan dengan izin Allah. Allah berfirman dalam Al-Quran, ayat 23-24 dalam surah Al-Kahfi  :
وَلاَ تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَلِكَ غَداً {23} إِلاَّ أَن يَشَاءَ اللَّهُ
Maksudnya "Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti". Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah".
Para mufassirin berkata, tatkala orang Yahudi bertanyakan Nabi -صلى الله عليه وآله وسلم - tentang roh, Ashabul Kahfi dan Dzul Qarnain, Nabi - صلى الله عليه وآله وسلم - menjawab kepada mereka "Saya akan beritahu kamu semua esok", Nabi -صلى الله عليه وآله وسلم - tidak menyebut Insya-Allah. Lalu wahyu tertahan daripada turun selama 15 hari lamanya . Kemudian Allah menurunkan ayat ini menyuruh baginda - صلى الله عليه وآله وسلم - dengan menambah istisnaa (pengecualian) dengan menggunakan "dengan kehendak Allah". Jadi, jika seseorang berkata: aku akan lakukan yang demikian itu kemudian nanti, maka sebutlah Insya-Allah. [rujukan: فتح القدير الجامع بين فني الرواية والدراي & تفسير القرطبي]
Daripada ayat di atas jelas menunjukkan kepentingan penggunaan Insya Allah dalam pembicaraan seorang muslim pada setiap masa. 
Fokus utama yang saya ingin bicarakan di sini ialah bagaimana untuk menulis "Insya Allah" dengan cara yang betul dalam tulisan Arab. Ini kerana, ada yang menulisnya sebagai إنشاء الله, dan ada yang menulis dengan إن شاء الله. Jadi, mana satukah yang tepat ejaannya?
Dalam kitab شذور الذهب karangan Ibnu Hashim ada menyebutkan bahawa makna kata kerja إنشاء  yang menjadi asas penulisan إنشاء الله ialah "mengadakan/mewujudkan/mencipta" sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Waqi'ah, ayat 35:
 إِنَّـآ أَنشَأنَهُنَّ إِنشَـآءً 
Maksudnya  "Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa".
Jadi, jika kita menulis Insya-Allah dalam tulisan Arab sebagai إنشاء الله,maka ia memberi maksud "menjadikan Allah", - Maha Suci Allah daripada bersifat demikian - dan ini adalah salah sama sekali, kerana Allah tiada makhluk yang menjadikanNya. Ia bersifat Azali, Qidam, Baqa'.
Jika demikian, maka tulislah Insya-Allah itu dengan إن شاء الله,bukannya إنشاء الله .

Lafaz إن شاء الله  memberi pengertian kemahuan Allah. Dalam kitab Mu'jam Lisaan al-Arab (معجم لسان العرب), makna kata kerja شــاء ialah "mahu/kehendak". Jadi, apabila kita menulis إن شاء الله, seolah-olah kita berkata "dengan kehendak/keinginan Allah kami berbuat sekian..sekian.." Firman Allah Taala dalam surah al-Insan, ayat 30:
 وَمَا تَـشَـآءُونَ إِلا أَنْ يَـشَـآءَ اللهُ 
Mafhumnya: "Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah..."

Kesimpulannya, terdapat perbezaan yang ketara daripada segi makna antara perkataan إن شاء الله  dan إنشاء الله . Oleh itu, hendaklah kita melazimi penulisan Insya-Allah dalam bahasa Arab itu dengan ejaan إن شاء الله . Kalimah إن شاء الله bermaksud "jika Allah kehendaki" atau biasa diterjemahkan sebagai "jika Allah izinkan". Terjemahan secara terperincinya ialah:
إن  = Jika
شاء  = mahu/kehendaki/ingin - (ini adalah kata kerja)
الله = Allah 
Sekian. Mudah-mudahan bermanfaat.
والسلام 

The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥

Sumber: BLOG CIK DLA

update:
pandangan ustaz azhar idrus..


Wallahualam bissawab.. =)

Update (22/11/2012):

Dari twitter shamril salleh (sham kamikaze)



Wallahualam  bissawab... Sesungguhnya yang buruk datang dari saya dan yang baik dari Allah s.w.t... Maafkan atas kekhilafan yang dtg dari saya...  =)  


Thursday, November 15, 2012

03 november 2012~

Bismillah..
Assalamualaikum..

Seperti yang dijanjikan di entry sebelum ni.. 
saya nak berkongsi sedikit pengalaman sebagai photgrapher perkahwinan walaupon saya ni tak bertauliah.. hehehe =p
First2 masa dapat tahu kena jadi photographer tu sangat2 lah nervous.. mana tak nya saya ni kalau tangkap gambar, jarang sangat nak menjadi.. selalu parkinson (gambar goyang2)..
Dengan sikap pemalu nak berdiri depan orang ramai, agak susah juga nak menyelit2 ambil gambar terutama masa akad nikah... tapi Alhamdulillah segala nya dipermudahkan Allah.. =)
Jom tengok-tengok antara gambar yang telah saya ambil pada hari tu.. 








Semoga Pengantin (Siti norhasanah dan mohd faizal) kekal hingga ke jannah dan dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah.. Barakallahu lakuma wa baraka alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair.. =) 


Wednesday, November 14, 2012

Salam maal hijrah 1434H

Bismillah..
Assalamualaikum..

" Demi waktu sesungguhnya manusia dalam keadaan rugi. Kecuali yang beriman dan beramal soleh, serta saling menasihati tentang kebenaran dan kesabaran." (Al-Ashar 1-3)

Selamat menyambut maal hijrah buat semua kawan-kawan.. Marilah kita membaca doa awal tahun dan akhir tahun =)


Doa Akhir tahun: dibaca 3 kali selepas asar atau sebelum maghrib pada akhir bulan zulhijjah..
Doa Awal Tahun: Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram..

Semakin masa berlalu semakin kita mendekati "tarikh luput" kita.. Ya Allah, ampunkan lah dosa2 kami yang lalu.. Aamiin ya rabbal alamin...




Saturday, November 10, 2012

Hantaran~~

Bismillah..
Assalamualaikum..

Lama tak update blog atas sebab kesibukan yang melanda... apa khabar kawan2? saya nak sambung cerita tentang entry teaser yang lalu.. Sebelum tu saya nak ucapkan selamat pengantin baru buat adik angkat saya, siti noor hasanah dan suami nya yang telah selamat melangsungkan pernikahan pada 3 november lalu... Baraka Allahu Lakuma wa Baraka Alikuma, Wa jamaah baina kuma fee khair... Semoga kekal till jannah... insyaAllah.. Amin..



Untuk majlis perkahwinan mereka, saya diberi kepercayaan untuk mengubah hantaran pihak perempuan sebanyak tujuh dulang... terima kasih sebab percayakan saya... tema yang dipilih pengantin ialah biru...  Terima kasih mama sebab turut membantu... Antara hantaran yang telah berjaya digubah mengikut citarasa keluarga pengantin...









 pink hantaran dari pihak lelaki..

Alhamdulillah pengantin sgt menyukai hantaran2 ni... Ini bukan lah kali pertama saya mengubah hantaran.. Alhamdulillah sebab ada yang mempercayai saya untuk dipertanggungjawabkan mengubah hantaran mereka.. Mungkin next time, saya akan buat satu entry untuk letakkan beberapa hantaran yang pernah saya gubah... insyaAllah... Untuk yang berminat untuk mengubah hantaran boleh lah PM saya... =)

Next entry saya akan buat entry mengenai perkahwinan adik angkat saya pula... ini kali pertama saya diberi tanggungjawab sebagai photographer perkahwinan... tapi sebagai beginner, faham2 lah ye.. huhu  saya masih lagi belajar teknik2 menangkap gambar dengan baik.. Terima kasih syana dan pasangan sbb percayakan saya untuk mengubah hantaran dan menjadi photographer mereka...