Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Lama rasanya saya tak update blog... Sepanjang bulan ni sangat busy dengan kelas, project, lab dan pelbagai aktiviti di sini.. Last week, saya dan kawan2 telah berkunjung ke Cheongpung Cultural Heritage Park yang terletak di Jecheon, South Korea. Pada mulanya, kami merancang untuk ke Cheongpung lake untuk melakukan bugee jumping dan mountain bibong untuk menaiki monorail ke puncak. tapi memandangkan keadaan cuaca yang agak sejuk dan berangin, rancangan terpaksa di tukar. lebih2 lagi bila kami dapat tahu yang Bugee jumping dan monorail tutup sehingga awal bulan april iaitu musim spring. Mungkin keadaan cuaca semasa winter menjadi sebab monorail dan bugee jumping di tutup atas sebab2 keselamatan.
Walaubagaimanapun, kami tetap gembira. Alhamdulillah masih ada lagi tempat menarik di sekitar cheongpung lake yang boleh dikunjungi ketika itu. Terima Kasih kepada chan-ssi sebab menjadi tourist guide kami untuk ke cheongpung lake. Cheongpung Cultural Heritage Park juga salah satu tempat menarik yang boleh dikunjungi di Jecheon. Pemandang di sini sangat cantik dan terdapat pelbagai artifak sejarah tentang korea dan juga boleh melihat pemandangan cantik dari pondok yang terletak di heritage park ini. Walaupun agak penat untuk mendaki ke pondok tu tapi ia nya sangat berbaloi. Memandangkan saya tak berapa reti bercerita, jom layan gambar2 yang sempat di snap semasa kunjungan kami ke heritage park. "Picture tells everything"
Kawan-kawan yang join the trip ~~
Entrance of Cheongpung Cultural Heritage Park
Friends ~♥
(abaikan "gwangsoo" yang melompat kat blakang tu semata-mata nak pastikan muka masuk gambar ) =p
Great time with great friends ~♥
cari yang tersembunyi.. =p
mari mendaki.. menuju puncak~ lalalala~
Refreshing "air mata air".. hilang dahaga dan penat minum air ni.. Alhamdulillah..
Attraction area around Cheongpung lake.
Will come here again on spring for bugee jumping and Bibong mountain..
Cara untuk ke cheongpung lake area:
"Naik bas nombor 952 dari jecheon city atau jecheon bus terminal."
Entrance fee Cheongpung Cultural Heritage Park:
3,000 won
Comment:
"Nice place for romantic honeymoon sebab ade Cheongpung lake cruise and some romantic place to snap the picture ~♥ "
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini =)