Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Entry kali ni nak bercerita tentang Amazon Express.. salah satu daya tarikan di Everland, South Korea.. Everland terletak di Gyeonggi-do, Korea.. Seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ini, saya akan bercerita tentang pengalaman ke everland dan merasai sendiri perasaan menaiki Amazon Express. Bagi peminat running man, pasti pernah melihat permainan ini di dalam episod 141.. Bayaran masuk ke Everland ini ialah 40,000 won bagi dewasa. tetapi oleh kerana saya mengikuti trip universiti jadi saya hanya perlu membayar 25,000 won sahaja.. Untuk ke Amazon Express ini, perlu berjalan dari gate utama everland dan menuju ke human sky.. kalau malas berjalan ke arah safari, boleh la menaiki human sky ke sana. Amazon Express terletak bersebelahan dgn Safari world di dalam Everland park ini..
Tiket masuk ke everland ^^
sebahagian peta everland ^^
Human Sky..
kalau malas berjalan ke arah amazon express dan safari park boleh la naik human sky tapi kalau nak cepat sila lah berjalan kaki.. ^^
Human Sky..
Seronok dapat lihat pemandangan cantik dalam cuaca sejuk musim spring..
Me!!
Siti and Hanis ^^
Pemandangan dr Human Sky..
Boleh nampak byk bunga2 sakura berkembang mekar ^^
Pintu masuk ke Amazon Express ^^
Mari beratur.. jangan potong line ye!!
Muka dibasahi air akibat menaiki amazon express + muka tak cukup tido.. hehe
Hanis sedang menikmati pengalaman menaiki amazon express
anaconda bak kata Haha Oppa dalam runningman
Tempat jessica dan another guest (tak ingat nama) tunggu runningman member ^^
Fauzi dan alan
hanis a.k.a ji hyo malaysia ^^
amazon express ride ^^
Amazon express ni sangat seronok sbb meredah arus deras.. sampai basah seluar dan baju.. tapi Alhamdulillah nasib saya baik maka yang basah cuma hujung seluar je.. Ade yang basah satu badan sebab terkena percikan air lebih2 lagi di muka dan kepala. memang seronok.
P/s: gambar hanya menunjukkan keadaan naik amazon express masa air tenang.. masa lalu air deras tak berani nak keluar kamera takut terjatuh..
untuk video boleh refer entry ini --> KLIK SINI..
Thanks for reading.. ♥