Monday, February 10, 2014

Contest Hijrahku

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Sedang berblogwalking setelah sekian lama tak menjenguk blog-blog favourite, terjumpe contest hijrahku by kak Maera Ismail.. Tujuan saya join contest ni bukan kerana hadiah tetapi ingin berkongsi apa yang pernah saya lalui sebelum ini yang menyebabkan saya berhijrah ke cara pemakaian saya sekarang… Hijrah saya masih belum sempurna dan masih lagi dalam proses untuk memperbaiki diri kepada yang lebih baik.. InsyaAllah bukan saja dari segi pemakaian tetapi cara hidup,sikap, ikhtilat dan setiap segi kehidupan saya.. May Allah ease every step yang saya lalui.. Aamiin..



Dahulu nya, saya seorang yg bertudung sangat singkat dan kadang2 on kadang2 off, berseluar jeans yang sangat ketat, berbaju pendek paras atas punggung, dan berpakaian jarang… Astaghfirullahalazim.. Semoga Allah mengampunkan dosa saya yg lalu.. Semasa di sekolah, saya pernah ditegur oleh ustazah bilamana hanya saya saja ketika itu yang tidak bertudung ke kelas, tetapi teguran itu hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.. namun semakin umur saya meningkat, semakin rasa malu itu timbul lalu saya mula bertudung tetapi hanya disekolah.. Apabila naik ke sekolah menengah atas saya mula memakai tudung secara tetap tetapi tudung yg singkat diatas dada.. tiada rasa malu ketika itu kerana pada pikiran saya masa itu, memakai tudung sudah cukup utk menutup aurat.
Selepas masuk ke peringkat university, Allah takdirkan saya bertemu seorang rakan merangkap roomate yang sangat sabar menegur cara berpakaian saya dengan cara berhemah selepas melihat cara pemakaian saya yg semakin lama mngikut arus “fesyen moden” saat menjejakkan kaki ke university akibat pengaruh rakan lain.. bertudung tetapi singkat dan berpakaian sendat.. Nama nya Nurul Ain’. Cara teguran beliau bukan lah dengan memarahi, memerli ataupun mengherdik. Tidak melalui kata2 kasar tetapi melalui perbuatan dan ajakan. Satu cara yang berkesan pada pendapat saya kerana saat itu tidak pernah timbul rasa marah walau setitik pn pada ajakan beliau. Pada mula ajakannya, Ain membelikan saya stoking kaki dan beliau juga mengajar saya cara memakai tudung dengan menunjukkan saya fesyen tudung yg menutup dada yang pada saat itu langsung saya tak terfikir yg dia mahu mengajar saya cara menutup aurat dgn betul. Malah saat itu saya terpikir yg dia hanya mengajar saya berfesyen. Kata2, ajakan dan perbuatan yang lembut membuatkan saya mengikut apa yang diajar. Pada mula saya berkawan dgn nya, saya sangat pelik kenapa dia memakai stoking kaki, namun tidak pernah bertanya kepada nya. Tetapi beliau kemudian membeli dan mengajar saya memakai stoking kaki dgn mengatakan bahawa akan lebih terjaga kaki apabila berstokin. Malah sikit demi sedikit dia menerangkan bahawa kaki itu aurat. Dari situ lah saya mula memakai stoking kaki dan sehingga kini jika tidak berstokin saya merasa tidak lengkap.

Selain itu salah satu kejadian yang menimpa saya juga turut mendorong hijrah cara pemakaian saya. Kejadian itu berlaku semasa saya di university peringkat diploma. Ketika itu saya baru menjejakkan kami di semester ketiga, saya berjalan pulang dari kampus ke rumah sewa bersama tiga orang rakan serumah. Dengan berpakaian seluar jean ketat dan bercorak bunga di poket bahagian belakang dan berbaju t-shirt pendek paras atas punggung. Ketika berjalan pulang, dibelakang kami adalah budak sekelas lelaki yang turut pulang dari kuliah melalui jalan yang sama dengan kami. Tiba2, salah seorang budak lelaki itu menegur saya dengan berkata “ Lin, Cantik p******g kau..”.. Allahuakbar.. malunya saya ketika itu.. walaupun saat itu, budak lelaki itu meminta maaf kerana tersasul. Niat nya yg sebenar adalah utk menegur cantik corak bunga pada seluar saya di poket belakang seluar tetapi akibat tersasul maka terkeluar ayat yg memalukan saya. Malunya saya dengan kawan2 saya dan budak lelaki lain yang turut berada disana. Malam itu saya terfikir kenapa seorang lelaki boleh tersasul begitu, pada saya ketika itu, mungkin salah saya kerana memakai pakaian begitu dan mengundang sendiri peristiwa itu kerana sebagai perempuan, saya tidak tahu cara seorang lelaki melihat seorang perempuan yg berpakaian sendat. Semenjak itu, saya mula melabuhkan baju saya dan memakai seluar yang longgar. Malah sedikit demi sedikit saya berubah kepada memakai handsock dan melabuhkan tudung.


 Itulah cerita hijrah saya. Maaf kalau perkataan yg digunakan tidak elok. Niat saya hanya ingin berkongsi. Akhir kata, pada rakan2 yg mahu berhijrah, biar hijrah kita sedikit tapi istiqamah. Biar mula dgn rasa terpaksa namun akan timbul rasa biasa. Pada rakan2 yg bertemu seseorang yg perlu bimbingan utk berhijrah, bimbing dan tegur lah dengan cara BERHEMAH bukan dengan cara memalukan dan memerli di hadapan mahupun di alam maya tapi bimbinglah dgn ajakan dan perbuatan yang lembut dan terus. InsyaAllah apabila cara kita berhemah dan niat kita betul, Allah akan gerakkan hati org yg ingin ditegur dan dibimbing. Jika Nampak seseorang itu sedang berhijrah, bantulah untuk menaikkan bukan menjatuhkan. Bantulah bukan mencari keburukan mereka dgn mempersoalkan perubahan mereka. Ada yang berubah sedikit demi sedikit dan ada yang berubah sekaligus. Jangan lah kita merasa sempurna dgn perubahan kita lalu mencari keburukan orang yg berubah sedikit demi sedikit kerana kemampuan setiap orang adalah berbeza kerana kisah kita berbeza.Mungkin kita mampu berubah semua segi sekaligus tetapi orang lain hanya mampu bermula dgn hanya cara pemakaian atau mungkin hanya dari segi sikap dan kelakuan dalam satu2 masa. Banyak atau sedikit langkah yg diambil tidak penting asalkan istiqamah dan berusaha.

“ Banyakkan Terang bukan Serang, Banyakkan Selidik dan Didik bukan Herdik”

Nasihat saya pada yang ingin berubah, carilah redha Allah saat berubah, bukan redha manusia kerana Allah mengira setiap titik usaha kita dan Allah maha mengetahui kemampuan hambaNya sedangkan manusia hanya ingin melihat apa yang mereka mahu lihat berdasarkan hati dan emosi mereka. Berubah Lillahi Ta’ala. Terima kasih kerana membaca kisah yang agak membosankan ini kerana saya bukan penulis mahupun pencerita yang hebat. Sekadar berkongsi pengalaman. Semoga yang buruk dijadikan pengajaran dan yg baik dijadikan tauladan. Maafkan andai ada tersalah tulis kerana saya hanya manusia biasa yg masih dalam proses hijrah menjadi yang lebih baik. Semoga Allah permudahkan segala usaha dan hijrah kita.. InsyaAllah.. Aamin.. 


1 comment:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

Alhamdulillah dik...punya sahabat yg baik, membantu membimbing.dlm masa yg sama Allah masih sygkan adik, masih memgurniakan perasaan malu itu utk adik. Allahuakbar..tahniah sis ucap kan..dan sis harap agar adik terus istiqomah. =')