Friday, July 20, 2012

Doa Mohon cinta Allah ~~

Assalamualaikum..


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."       (Al-Baqarah 2:186)


"Maka Tuhannya memperkenankan doanya, lalu dijauhkan daripadanya tipu daya mereka; sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."      (Yusuf 12:34)



"Tidak seorang pun muslim yang berdoa dengan sesuatu doa yang tidak berunsur dosa mahupun memutuskan silaturrahim, kecuali Allah akan memberinya satu dari tiga perkara; samada doanya diperkenankan terus, atau disimpan untuknya pada hari akhirat, atau dijauhkan darinya keburukan yang setanding dengannya. Telah berkata para sahabat: Jikalau begitu, kami akan memperbanyakkan doa. Baginda menjawab: Allah lebih banyak pemberiannya." (Riwayat Ahmad) 



2 comments:

fatini_irdina said...

Salam, Fatini dah massukkan dalam Bloglist Ramadhan. Selamat berpuasa yee:)

elin.shazlin said...

syukran dear fatini... selamat berpuasa juga =)