Wednesday, February 13, 2013

Aktiviti Hujung Minggu

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Waktu cuti adalah waktu yang paling menggembirakan buat semua orang. Selalu nya waktu cutilah kita dapat merehatkan diri dan meluangkan masa bersama family. Ada yang lebih suke meluangkan masa di rumah dan ada yang lebih suke keluar bercuti bersama keluarga. Ahad lepas, saya dan keluarga meluangkan masa di rumah mak cik untuk ber BBQ bersama2... Memang seronok dapat berBBQ ramai2.. sambil makan sambil bercerita tentang pelbagai topik. Aktiviti berBBQ ni dilakukan di balkoni City One kondo milik mak long saya. Antara menu BBQ yang kami sediakan ialah Ayam, Kambing, Daging dan macam2 lagi.. Seronok dan sedap menikmati masa berBBQ.

Black pepper sauce home made

kentang yang bakal di bakar

Preparation

Starting.. Yeayyy!!

Gambar lepas dimasak tak dapat ditangkap sebab dah habis makan baru sedar tak tangkap gambar.. kikiki..
Selain ber BBQ, masa cuti ni jugak adalah masa yang sesuai untuk berswimming di swimming pool... Best...
Adik saya dah reti berenang.. dah tak berenang lagi di kolam budak2 tapi sekarang cuma mandi di kolam dewasa je... =D

See.. abg danial die pulak yang mandi kolam budak2..


Itu saja aktiviti saya dan keluarga pada hujung minggu dan cuti sekolah.. Apa pula aktiviti anda?


Thanks for reading =)


Friday, February 8, 2013

Penat

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..



Penat.. 
Alhamdulillah..
Diam je boleh selesaikan semua nya..
Diam je lebih baik..
Lebih baik Diam..

Diamm...
Diammm..
Diammmm..

Alhamdulillah ada family dan "die" yang sudi mendengar dan memberi semangat.. Terima kasih... ♥
Sikit masa je lagi.. bertahan dan bersabar..

"InsyaAllah.. hikmah nya kita akan jadi lebih kuat.."



Wednesday, February 6, 2013

Rules of Happiness ^^

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum
 
 
 

 
 
****************************
STOP VIOLENCE AGAINST WOMEN
Like KHUMAERA ISMAIL Page
Ya Allah moga pembaca blog ini bahagia dunia akhirat
Please do come again ;)
****************************
Sumber entri: Blog Kak Maera

Terima Kasih Ciklaili.com

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..


Entri ini khas buat ciklaili.com ^^
Terima kasih dari saya buat kak laili kerana sudi memilih saya sebagai penulis jemputan di blog kak laili. Terima Kasih kerana membuat kan keyakinan saya untuk menulis blog bertambah-tambah setelah dipilih.. hehehe..
Memang tak disangka terpilih untuk menulis di blog terkenal seperti blog kak laili. Saya harap entri saya memberi manfaat buat pembaca blog kak laili. Terima Kasih juga kerana sudi berkongsi tips2 sepanjang saya berblogging.

Jom ramai2 singgah di blog ciklaili.com!! 

Tuesday, February 5, 2013

Persediaan ke Korea Part 1: Persediaan Awal

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..



Entri kali ni saya nak bercerita tentang persediaan awal untuk ke Korea sebagai exchange student. Alhamdulillah rezeki untuk tahun 2013 ini, saya bakal menjejakkan kaki ke negara winter sonata pada hujung bulan ini sebagai exchange student selama 4 bulan.. Insya Allah... Sebenarnya untuk menyertai pertukaran pelajar ni, saya dan kawan2 yang lain perlu melalui beberapa peringkat iaitu permohonan, temuduga, dan perjumpaan pelajar. Alhamdulillah temuduga saya berjaya dan apa yang lebih menggembirakan hati keputusan temuduga diberitahu melalui telefon sehari sebelum hari lahir saya.. kira nya macam "birthday present" untuk tahun 2012 la.. hehe.. Ok berbalik pada tajuk entry kali ni, Antara persediaan awal sebagai pelajar pertukaran yang perlu disediakan sebelum membeli barang-barang dan berkemas untuk ke sana ialah:

1) Persediaan Mental,Rohani dan Fizikal
  • Persediaan mental, rohani dan fizikal adalah salah satu persediaan awal yang penting untuk ke luar negara sebagai seorang pelajar. Dari segi rohani, tetapkan niat UTAMA kita ke sana untuk belajar bukan untuk melancong. Apabila niat kita betul, insyaAllah, Allah akan bantu kita mempermudahkan segala urusan ke sana.. Nak melancong dan membeli belah di tempat yang dituju tak salah cuma jangan sampai terlupa niat UTAMA kita sebagai pelajar. Persediaan mental dan fizikal pulak, kita kena pastikan apa sebenarnya tujuan kita untuk ke sana, dan apa yang bakal kita lakukan di sana, contoh saya sebagai pelajar pertukaran dan latihan industri, saya kena pastikan diri sendiri bersedia menerima projek dan kerja yang bakal saya galas sebagai seorang pelajar latihan industri. Kita kena siap kan diri kita untuk menerima apa saja kerja yang bakal dilakukan. 


2) Kewangan


  • Kewangan adalah satu perkara penting yang perlu dipastikan sebelum ke luar negar tak kira la untuk melancong atau belajar. Pastikan kewangan kita kukuh kerana kita perlu mengambil kira perbelanjaan pengangkutan, tempat tinggal, makanan dan keperluan lain. Bagi pelajar UniKL yang menyertai program exchange student ni, kami ditaja dari segi perbelanjaan tiket kapal terbang, visa dan juga insurans. Hanya hostel dan perbelanjaan harian saja yang kami perlu sediakan. Alhamdulillah..


3) Dokumen-Dokumen Penting

  •  Persediaan dokumen penting pula adalah memastikan passport kita tidak tamat tempoh, menyediakan dokumen-dokumen penting untuk memohon visa pelajar dan insurans seperti penyata akaun bank, passport, 2 keping gambar passport, surat tawaran belajar, dan salinan kad pengenalan diri serta ibu bapa. Pastikan juga tiket kapal terbang dibeli awal bagi memastikan tarikh berlepas kerana ianya penting. Salinan tiket kapal terbang juga salah satu dokumen penting untuk memohon visa pelajar.


4) Restu Ibu Bapa
  • Apa yang paling utama dari persediaan-persediaan yang dinyatakan di atas ialah restu ibu bapa. Restu ibu bapa ni paling penting sebab apabila kita dapat restu dari mak ayah kita, apa saja yang kita lakukan akan terasa mudah. lebih-lebih lagi sebagai seorang pelajar. Setiap persediaan pasti akan melibatkan ibu bapa kita terutamanya dari segi kewangan. Doa ibu bapa tu tonggak kejayaan kita sebagai anak mereka. InsyaAllah, dengan adanya restu dari ibu bapa, Allah akan bantu memudahkan urusan kita.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Redha Allah bergantung pada redha kedua-dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa"


5) Persediaan Komunikasi
  • Sebelum ke luar negara, salah satu perkara yang penting ialah memastikan kita tahu sekurang-kurangnya basic bahasa dan percakapan mereka. Ini bagi memudahkan kita berkomunikasi di sana. Kalau negara yang dikunjungi tu menggunakan bahasa inggeris dalam komunikasi mungkin memudahkan kita, tetapi seperti saya dan kawan-kawan yang akan ke Korea, kami perlu mempelajari basic bahasa Korea (Hangul) memandangkan rakyat negara Korea kurang fasih berbahasa Inggeris. Antara jalan terbaik untuk mempelajari bahasa Korea ialah dengan menyertai kelas bahasa. Bagi yang ingin belajar bahasa Korea bolehlah mendaftar di Korea Tourism Organization secara percuma.


Jangan lupa membuat sedikit "research" tentang negara yang akan dikunjungi.Itu saja tips-tips persediaan awal untuk entri kali ini. Nanti saya sambung lagi di bahagian ke2 pula.. Terima kasih kerana sudi membaca dan mengunjungi blog ini. Semoga tips ini memberi manfaat. 

P/s: Sila tinggalkan link blog anda supaya saya boleh mengunjungi blog anda.Terima Kasih. Maaf penulis memang sedikit skema.. hehe =p

"Entri ini juga telah dipublish di blog ciklaili.com sebagai penulis jemputan. Terima Kasih kak laili kerana sudi memilih saya sebagai penulis jemputan. Sangat tidak disangka dipilih oleh blogger terkenal seperti kak laili. Terima kasih kerana bagi peluang kepada blogger picisan seperti saya. Semoga entri saya memberi manfaat kepada pembaca blog kak laili. Jom ramai2 follow blog ciklaili.com kerana terdapat banyak tips dan info menarik seperti tips2 percutian dan tips untuk bakal ibu."

Food Part 4: RaBokkI (라볶이)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

RaBokkI (라볶이) ialah sejenis makanan korea. Ia merupakan salah satu "street food" yang terkenal di Korea selain Tteokbokki. RaBokki ni terdiri daripada sticky rice cake (kek beras), instant noodle, fish cake, sayur-sayuran dan telur rebus sebagai bahan utama yang dimasakkan dengan hot pepper paste sos yang dicampur dengan sos soya (kicap). 



Minggu lepas, saya ada mencuba makanan Korea di The Garden Mall berdekatan Mid Valley. Makanan Korea di sana Halal. Memandangkan saya seorang yang gemar mencuba makanan baru lebih2 lagi makanan Korea dan Arab, saya akan mencari tempat2 baru untuk dikunjungi dan pastikan tempat itu Halal.Di The Garden, saya mencuba makanan yang dipanggil RaBokkI ni. Rasa nya agak pedas dan rice cake tu rasa nya kenyal-kenyal. Kalau kita order RaBokkI ni selalunya akan diberi sekali dengan sup. bagi yang tak tahan pedas tu boleh la campurkan sup tu terus. Saya tak pasti cara sebenar orang Korea makan RaBokkI ni tetapi saya suka makan RaBokkI ni dulu dan last sekali baru saya hirup sup ni bagi menghilangkan rasa pedas. Bagi yang nak cuba memasak makanan Korea yang diberi nama RaBokkI ni boleh lah mengunjungi website-website seperti Aeri's Kitchen, Youtube dan My Korean Kitchen

Nanti saya akan kongsikan lagi beberapa makanan Korea dan makanan-makanan lain yang pernah saya cuba serta restoran-restoran menarik yang pernah saya kunjungi di entri-entri akan datang. Terima kasih sudi membaca blog saya.

p/s: Sila tinggalkan link blog anda bagi membolehkan saya mengunjungi blog anda. Kamsahamnida ^^