Tuesday, February 5, 2013

Food Part 4: RaBokkI (라볶이)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

RaBokkI (라볶이) ialah sejenis makanan korea. Ia merupakan salah satu "street food" yang terkenal di Korea selain Tteokbokki. RaBokki ni terdiri daripada sticky rice cake (kek beras), instant noodle, fish cake, sayur-sayuran dan telur rebus sebagai bahan utama yang dimasakkan dengan hot pepper paste sos yang dicampur dengan sos soya (kicap). 



Minggu lepas, saya ada mencuba makanan Korea di The Garden Mall berdekatan Mid Valley. Makanan Korea di sana Halal. Memandangkan saya seorang yang gemar mencuba makanan baru lebih2 lagi makanan Korea dan Arab, saya akan mencari tempat2 baru untuk dikunjungi dan pastikan tempat itu Halal.Di The Garden, saya mencuba makanan yang dipanggil RaBokkI ni. Rasa nya agak pedas dan rice cake tu rasa nya kenyal-kenyal. Kalau kita order RaBokkI ni selalunya akan diberi sekali dengan sup. bagi yang tak tahan pedas tu boleh la campurkan sup tu terus. Saya tak pasti cara sebenar orang Korea makan RaBokkI ni tetapi saya suka makan RaBokkI ni dulu dan last sekali baru saya hirup sup ni bagi menghilangkan rasa pedas. Bagi yang nak cuba memasak makanan Korea yang diberi nama RaBokkI ni boleh lah mengunjungi website-website seperti Aeri's Kitchen, Youtube dan My Korean Kitchen

Nanti saya akan kongsikan lagi beberapa makanan Korea dan makanan-makanan lain yang pernah saya cuba serta restoran-restoran menarik yang pernah saya kunjungi di entri-entri akan datang. Terima kasih sudi membaca blog saya.

p/s: Sila tinggalkan link blog anda bagi membolehkan saya mengunjungi blog anda. Kamsahamnida ^^ 


3 comments:

talHas ishak said...

boleh bagi x nama restoran korea ni???

talHas ishak said...

boleh bagi x nama restoran nya.. nak pergi try lah hihi ;)

elin.shazlin said...

nama tak ingat.. tapi ade di the garden, kuala lumpur..