Tuesday, April 23, 2013

Seoul Trip: Hello Kitty Cafe

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Hye readers!! ^^
Seperti yang dijanjikan, entry ini saya nak bercerita tentang salah satu tempat yang saya kunjungi di  Seoul baru2 ini. Memandangkan saya belajar di Semyung University di bandar Jecheon iaitu 2 jam perjalanan dari Seoul maka hanya ketika weekend saja saya dapat meluangkan masa ke Seoul. Itupun dalam sebulan atau dua bulan sekali. Ini kerana tambang bas express dr chungcheongbuk-do, Jecheon ke Seoul agak mahal iaitu 7700 won untuk pelajar.

 Saya berada di Seoul selama 3 hari dua malam dan saya bersama kawan2 telah menyewa di Kimchee Guest House yg terletak di Jongno-5-ga Station di Seoul. Entry akan datang saya akan bercerita tentang guesthouse ini. Entry kali ini saya akan cerita tentang salah satu tempat menarik yg boleh di kunjungi di Seoul iaitu Hello Kitty Cafe di Hongdae. Hongdae ni juga dikenali sebagai Hongik University.

Apa yang menariknya Hello Kitty Cafe ni? Pertama, Cafe ini tersangatlah comel dan dekorasi nya bertema kan watak Hello Kitty. Nama pn Hello Kitty Cafe.. hehe.. Dan Cafe nya bertemakan warna pink which is one of my favourite colour thats why Hello Kitty Cafe mnjadi salah satu wishlist tempat yg ingin saya kunjungi di Korea. Kedua, Makanan di Hello Kitty Cafe semuanya sangat comel dan menarik. Di Hello Kitty Cafe ni hanya menyediakan Dessert sahaja utk makanan. Dan ketiga, kerana souvenir yang boleh dibeli di cafe ini sumenya cute dan yang paling penting original Hello Kitty stuff which ade pelekat Hello Kitty 3D yg melambangkan ke-original-an souvenir di cafe ini.

Jom tengok beberapa keping gambar kami sepanjang di Hello Kitty Cafe.

Akhirnya jumpa Hello Kitty Cafe berpandukan map yg ade =)

Keterujaan berlaku..

We are here!! yeayy!!


Makanan2 yang menarik hati..


Tandatangan artis2 yang pernah ke Cafe ini ^^

Mari memilih makanan ^^

Us ^^

The Foods ^^ Nyummy ~

Mine = Iced Choco with Choco Waffles and Caramel Waffles ~ Sgt Sedap !!
Total price = 11000 won

Happy Moments together ^^



Details:
Cafe Name: Hello Kitty Cafe
Places: Hongdae 
Direction: Naik Seoul subway berhenti di stesen Hongik University, keluar di exit 9, Jalan terus sampai jumpa TGI Friday, Kemudian belok kiri, jalan terus sampai jumpa tourist information booth, lintas jalan dan masuk ke lorong berdepan dgn  tourist information booth jalan straight, belok kiri di lorong kedua (Selepas Watsons) kemudian straight smpai jumpe Hello Kitty Cafe berwarna pink ^^

p/s: Masa kat subway Hongdae boleh dapatkan peta sekitar Hongdae (Hongik Universiti) di tourist information dan ini lebih memudahkan perjalanan. 

Thanks for reading ^^ ~

7 comments:

Unknown said...

wahhh..besnye..mmg blaja kt korea ke?

Anonymous said...

OMG T-ara Qri penah dtg situ ? @.@
Jeles nih..haha

elin.shazlin said...

syuhada: a.ah.. study + internship untuk last sem kat sini..

rizal: yup =) hehe minat t-ara ke?

Anonymous said...

hehe minat giler kot :3

jaja said...

Assalamualaikum.

Terjumpa blog ni time cari review Kimchee Guesthouse. Ok tak guesthouse tu?

elin.shazlin said...

dreamer: waalaikumuassalam.. ok.. sesuai dgn harga yang murah.. kalau sewa kimchee guesthouse dkat jongno-5-ga lokasi nya agak strategik sebab berdekatan dgn subway dan tmpat shopping dondaemun.. boleh jalan kaki dari dongdaemun (shopping complex yg bkk smpai 4 pagi) dan kalo balik lambat tak perlu risau subway dah tutup sbb boleh jln kaki ke guesthouse...

Unknown said...

Slm knl, hehhe..study kt mne yer kt sana? Pernah stay kt kimchee gh..dkt sgt dgn kwangjang market