Hari ini sudah 15 sya'ban.. tinggal lagi beberapa minggu sahaja dah nak masuk bulan Ramadhan.. bulan yg dinanti-nantikan oleh semua umat islam di seluruh dunia... Tak sabar rasa nya nak menyambut bulan Ramadhan... ♥
Tips-tips menghadapi Ramadhan =)
Sempena kedatangan bulan Ramadhan ni, saya nak mengajak kawan2 dan pembaca blog ini untuk menyertai satu kempen iaitu " satu hari, satu juzuk Al-Quran".. detail2 kempen:-
Nama kempen: Satu Hari, Satu Juzuk Al-Quran ♥
Tempat: Di kediaman sendiri dan di mana jua kita berada =)
Tarikh dan masa : Sepanjang bulan Ramadhan
~ insyaAllah kita boleh khatam Al-Quran Selepas sebulan bulan Ramadhan ~
Daripada Abu Ummamah Al-Bahili r.a. katanya, “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Bacalah Al-Quran! Kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat (pembela) bagi orang yang membacanya. Bacalah dua surah yang bercahaya, iaitu surah Al-Baqarah dan surah Ali Imran. Kerana sesungguhnya keduanya akan datang pada hari kiamat seperti dua mega yang menaungi atau seperti dua awan yang melindungi di atas kepalanya atau seperti dua gerombolan burung yang bersaf-saf. Kedua-dua surah itu akan membela pembacanya.”
Dipersilakan share mana2 poster kempen ni dan sebarkan kempen ni.. InsyaAllah kita mampu melaksana kan nya.. Mari kita ajak family dan semua kawan2 kita yang kita sayangi.... Selamat beramal... ♥
p/s: cantikkan Al-Quran rainbow ni... =) ade sape2 nak hadiah kan kt saya tak?? hehehe =p gurau je...
Kdt gambar Al-Quran rainbow: Dian Pelangi
2 comments:
Nice one dik..alhamdulillah peringatan yg terbaik :-)
thanks kak maera =)
Post a Comment