Friday, August 16, 2013

Marilah Doakan Saudara2 kita di mesir..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Berikut merupakan statistik akibat daripada serangan menggila pihak keselamatan mesir hari ini:

Lebih 30 ulama Al-Azhar syahid.
Lebih 2500 orang awam syahid.
Lebih 3000 ditangkap.
Lebih 10000 cedera parah.
Lebih 200 wartawan dibunuh.

Marilah kita doakan saudara2 kita di Mesir.
Semoga Allah bantu perjuangan mereka.. Aamiin..

Mari kita amalkan doa qunut nazilah dan doa kan mereka..


Aamiin.. 



Thursday, July 11, 2013

Ramadhan..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum...

Dah lama saya tak menjengah ke blog ini... Rasa sudah lebih sebulan tak update new entry di blog ini... Maklumlah sangat sibuk sejak kebelakangan ini... Baru sahaja balik ke Malaysia 22 june lepas selepas tamat semester akhir sebagai pelajar pratikal di Semyung University, South Korea. dan seminggu selepas itu kena register di UKM untuk training kerjaya. Alhamdulillah rezeki Allah kurniakan.. Dikesempatan ini, saya nak mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Semoga di bulan yang mulia ini makin bertambah amalan kita. Maafkan atas salah silap dan kekhilafan yang pernah saya lakukan pada yang mengenali diri ini. Marilah kita perbanyakkan amalan kita dan saling bantu membantu sesama umat islam yang memerlukan. Jangan lupa juga rebut peluang untuk khatam Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan ini. satu hari satu juzuk Al-Quran... insyaAllah.. kita pasti boleh =)


InsyaAllah selepas selesai training atau dalam masa terdekat saya akan cuba update entry terbaru dan pengalaman semasa di Korea walaupun agak basi ceritanya. Semoga dapat menjadi panduan buat exchange student akan datang. InsyaAllah.. Dan saya juga akan sedang memikirkan untuk buat satu entry give away untuk pembaca blog. InsyaAllah..Tajuk belum difikirkan lagi tetapi akan diupdate di next entry. Antara hadiah yang bakal diberikan juga adalah souvenier yang saya beli di Korea. Siapa2 yang ada idea untuk give away ni boleh lah sumbangkan.. =) Akhir kata, di bulan Ramadhan ini, tingkatkan pahala, kurangkan dosa. insyaAllah... 

thanks for reading ^^

Saturday, May 18, 2013

Bagaimana Membuah Sabar?

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Sabar; satu perasaan dan tindakan yang tidak dapat didefinasikan.
Ramai yang mudah berkata "sabar ye?" apabila orang lain ditimpa masalah, tapi apabila diri sendiri diuji dengan ujian yang amat dahsyat, masihkah lagi perkatan sabar dapat bertahan dalam diri?
Ayuh! kita belajar bagaimana ingin membuahsabar.
Meminjam peribahasa "lain lubuk, lain ikan" disamakan dengan "lain orang, lain ujiannya".
Setiap ujian yang ALLAH beri berbeza-beza tertakluk pada kemampuan hamba-Nya. Lupakah kita pada firmannya?
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (Surah Al-Baqarah, 286)
Lihat! Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengasih, Dia tidak akan timpakan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu. Dia juga tidak akan jadikan suatu ujian itu sia-sia tanpa ada hikmah disebaliknya.

Ujian Rasulullah S.A.W.

Kita singkap kembali sirah, baginda Nabi Muhammad s.a.w, ujian yang menimpa Baginda sangat hebat.
Bermula semasa lahir, baginda sudah kehilangan ayahnya, kemudian ibunya, datuknya, disusuli bapa saudaranya, sehinggalah isterinya yang tercinta, Siti Khadijah. Orang-orang yang baginda kasihi sudah mengadap Illahi. Ini belum lagi termasuk ujian dalam menyebarkan Islam untuk sampai kepada kita pada hari ini, bermacam-macam ujiannya. Dibaling najis, gigi baginda patah dalam satu peperangan, dipulau dan bermacam-macam lagi tekanan yang baginda hadapi.
Tapi ujian itu tidak pernah menghalang baginda supaya menjadi orang sabar.
Cuba kita renungkan kembali di zaman baginda s.a.w dahulu tiada handphone, tiada Facebook, tiada Skype dan tiada kemudahan internet seperti yang kita ada pada hari ini, tapi lihatlah kerana kecekalan, kesabaran baginda dan para sahabat, Islam sampai kepada kita hari ini.
Mungkin ada sesetengah pihak mengatakan bahawa baginda dapat menghadapi ujian-ujian tersebut kerana baginda merupakan seorang Rasul. Mengapa pula begitu? Baginda juga manusia biasa seperti kita, apa yang membezakan ialah baginda mempunyai keimanan yang benar-benar mantap.
Begitu juga dengan ujian yang baginda hadapi sesuai dengan kemampuan Baginda. Ujian yang hebat untuk manusia yang hebat! Kita bagaimana?

Bicara tentang iman

Iman itu ialah ketaqwaan kepada Allah. Jadi apabila kita ditimpa ditimpa sesuatu musibah atau ujian pintalah kepada Allah agar dikuatkan iman untuk kita hadapinya, bukan meminta dikecilkan masalah yang kita hadapi.
Kita boleh mengatasi segala ujian yang Allah berikan dengan tenang jika kita punyai pergantungan yang tinggi kepada-Nya. Oleh itu apa jua masalah yang ada, muhasabah kembali hubungan kita dengan Allah. Tanya diri kita : Adakah kita telah menjaga sebaik-baiknya hubungan kita dengan-Nya?
InsyaAllah jika kita jaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan jaga hubungan kita dengan yang lain. Allah akan bantu kita dari segenap sudut yang kita tak sangka-sangka.
"Tapi kalau saya dah jaga hubungan dengan Allah sebaiknya, bagaimana pula?"
Jika begitu, kita perlu muhasabah kembali, mungkin tanpa kita sedari ada hak-hak dengan Allah kita tak tunaikan, begitu juga dengan hubungan sesama manusia.
Dan jika dah jaga semuanya, itulah dinamakan ujian sama ada kifarah dosa-dosa lepas atau peluang kita merebut pahala dan meningkatkan iman. Bukankah kita ini hanya manusia?
Jangan pernah lupa bahawa kita adalah hamba Allah s.w.t. Jadi, kita layak diuji kerana kita hanyalah hamba-Nya.

Jadilah hamba yang bersyukur

Apa jua yang ada dalam hidup, syukurilah, belajarlah jadi orang yang sentiasa bersyukur. InsyaAllah  masalah-masalah yang kecil tidak akan timbul, dan kita akan miliki sifat sabar.
Rasulullah s.a.w, walaupun dijamin syurga tapi Baginda s.a.w, tetap menunaikan solat dan ibadah malam sampai kakinya bengkak-bengkak.
Dalam satu hadis, apabila ditanya Aisyah r.a, mengapa Baginda beribadah malam sehingga kakinya bengkak sedangkan baginda sudah dijamin syurga, Baginda menjawab dengan tenang, "Aku ingin jadi hamba yang bersyukur."
Salam mujahadah membuah sabar.

Saturday, May 11, 2013

Seoul Trip: Namsan Tower and Pad Lock Tree ^^

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Entry kali ni nak bercerita tentang tempat menarik di Myeongdong, Seoul iaitu Namsan Tower dan love pad lock tree. Namsan tower ni salah satu antara tempat wajib yang perlu dikunjungi bila tiba di Myeongdong. Untuk ke Namsan Tower ni, bolehlah menaiki subway dan berhenti di station Myoengdong atau Chungmuro. Untuk ke Namsan tower ni juga kita boleh untuk menaiki cable car atau berjalan kaki mendaki bukit menuju ke Namsan Tower. Pilihan saya tentulah menaiki cable car memandang kan sewaktu saya pergi suhu masih lagi sejuk dan saya pergi pada waktu malam. Untuk menaiki cable car, caj 8,000 won seorang dikenakan untuk round trip (naik dan turun dari Namsan Tower). Dari atas Namsan Tower ni boleh menikmati pemandangan menarik sekitar Myeongdong dan bandar Seoul. Selain itu, terdapat juga kedai makan dan kedai souvenier yg comel2 di Namsan Tower ni.

Berjalan mencari Namsan Tower.


Terminal untuk menaiki cable car

Tiket menaiki cable car

Us ^^
(alan, siti, me, dongsaeng (nik) and unnie za)

Hanis ^^

beautiful lady infront of beautiful Namsan Tower ^^




Love Padlock
Di sini mereka mengisytihar cinta dan meletakkan pad lock yang tertulis nama mereka dan pasangan. siapa mereka? saya pn tak kenal.. hehe =p






Kalau datang ke Namsan Tower pada waktu malam boleh lah tgk lightning animation video pada badan Namsan Tower. Memang cantik dan menarik.



Thanks for reading ^^


Friday, May 10, 2013

Seoul Trip: Tricky Eye Museum


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Salah satu tempat menarik yang boleh dikunjungi di Seoul ialah Tricky Eye museum. Museum ni terletak di Hongdae berdekatan dengan Hello Kitty Cafe.  Kalau nak ke Tricky Eye museum boleh la naik subway dan berhenti di  stesen Hongik Universiti dan keluar ke exit 9. Apa yang menarik dengan tricky eye museum ni? tempat ni sesuai utk yang suke mngambil gambar sebab dalam museum ni di sediakan prop utk tgkap gambr yg men-"trick" mata kita.. maksudnya kalo gmbar yang 2D boleh nampak 3D.. Untuk lebih explaination..Jom layan antara gambar2 yang sempat dirakam kan semasa mengunjungi Tricky Eye Museum.. Pictures contain thousand words ^^









Kecik dan Besar^^















Us ^^

artis yang pernah datang ke museum ini !!

Details:
 Name: Tricky Eye Museum
Places: Hongdae 
Direction: Naik Seoul subway berhenti di stesen Hongik University, keluar di exit 9, Jalan terus sampai jumpa TGI Friday, Kemudian belok kiri, jalan terus sampai jumpa tourist information booth, lintas jalan dan masuk ke lorong berdepan dgn  tourist information booth jalan straight, belok kiri di lorong kedua (Selepas Watsons) kemudian straight smpai jumpe Trick eye museum (lorong sebelah lorong hello kitty cafe) ^^

p/s: Masa kat subway Hongdae boleh dapatkan peta sekitar Hongdae (Hongik Universiti) di tourist information dan ini lebih memudahkan perjalanan. 

Thanks for reading ^^ ~

Saturday, April 27, 2013

Everland part1: Amazon Express

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Entry kali ni nak bercerita tentang Amazon Express.. salah satu daya tarikan di Everland, South Korea.. Everland terletak di Gyeonggi-do, Korea.. Seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ini, saya akan bercerita tentang pengalaman ke everland dan merasai sendiri perasaan menaiki Amazon Express. Bagi peminat running man, pasti pernah melihat permainan ini di dalam episod 141.. Bayaran masuk ke Everland ini ialah 40,000 won bagi dewasa. tetapi oleh kerana saya mengikuti trip universiti jadi saya hanya perlu membayar 25,000 won sahaja.. Untuk ke Amazon Express ini, perlu berjalan dari gate utama everland dan menuju ke human sky.. kalau malas berjalan ke arah safari, boleh la  menaiki human sky ke sana. Amazon Express terletak bersebelahan dgn Safari world di dalam Everland park ini..

Tiket masuk ke everland ^^

sebahagian peta everland ^^

Human Sky..
kalau malas berjalan ke arah amazon express dan safari park boleh la naik human sky tapi kalau nak cepat sila lah berjalan kaki.. ^^

Human Sky..

Seronok dapat lihat pemandangan cantik dalam cuaca sejuk musim spring..

Me!!

Siti and Hanis ^^

Pemandangan dr Human Sky.. 
Boleh nampak byk bunga2 sakura berkembang mekar ^^


Pintu masuk ke Amazon Express ^^

Mari beratur.. jangan potong line ye!!

Muka dibasahi air akibat menaiki amazon express + muka tak cukup tido.. hehe

Hanis sedang menikmati pengalaman menaiki amazon express

anaconda bak kata Haha Oppa dalam runningman

Tempat jessica dan another guest (tak ingat nama) tunggu runningman member ^^

Fauzi dan alan

hanis a.k.a ji hyo malaysia ^^

amazon express ride ^^

Amazon express ni sangat seronok sbb meredah arus deras.. sampai basah seluar dan baju.. tapi Alhamdulillah nasib saya baik maka yang basah cuma hujung seluar je.. Ade yang basah satu badan sebab terkena percikan air lebih2 lagi di muka dan kepala. memang seronok. 

P/s: gambar hanya menunjukkan keadaan naik amazon express masa air tenang.. masa lalu air deras tak berani nak keluar kamera takut terjatuh..

untuk video boleh refer entry ini --> KLIK SINI..

Thanks for reading..  ♥