Tuesday, February 5, 2013

Persediaan ke Korea Part 1: Persediaan Awal

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..



Entri kali ni saya nak bercerita tentang persediaan awal untuk ke Korea sebagai exchange student. Alhamdulillah rezeki untuk tahun 2013 ini, saya bakal menjejakkan kaki ke negara winter sonata pada hujung bulan ini sebagai exchange student selama 4 bulan.. Insya Allah... Sebenarnya untuk menyertai pertukaran pelajar ni, saya dan kawan2 yang lain perlu melalui beberapa peringkat iaitu permohonan, temuduga, dan perjumpaan pelajar. Alhamdulillah temuduga saya berjaya dan apa yang lebih menggembirakan hati keputusan temuduga diberitahu melalui telefon sehari sebelum hari lahir saya.. kira nya macam "birthday present" untuk tahun 2012 la.. hehe.. Ok berbalik pada tajuk entry kali ni, Antara persediaan awal sebagai pelajar pertukaran yang perlu disediakan sebelum membeli barang-barang dan berkemas untuk ke sana ialah:

1) Persediaan Mental,Rohani dan Fizikal
  • Persediaan mental, rohani dan fizikal adalah salah satu persediaan awal yang penting untuk ke luar negara sebagai seorang pelajar. Dari segi rohani, tetapkan niat UTAMA kita ke sana untuk belajar bukan untuk melancong. Apabila niat kita betul, insyaAllah, Allah akan bantu kita mempermudahkan segala urusan ke sana.. Nak melancong dan membeli belah di tempat yang dituju tak salah cuma jangan sampai terlupa niat UTAMA kita sebagai pelajar. Persediaan mental dan fizikal pulak, kita kena pastikan apa sebenarnya tujuan kita untuk ke sana, dan apa yang bakal kita lakukan di sana, contoh saya sebagai pelajar pertukaran dan latihan industri, saya kena pastikan diri sendiri bersedia menerima projek dan kerja yang bakal saya galas sebagai seorang pelajar latihan industri. Kita kena siap kan diri kita untuk menerima apa saja kerja yang bakal dilakukan. 


2) Kewangan


  • Kewangan adalah satu perkara penting yang perlu dipastikan sebelum ke luar negar tak kira la untuk melancong atau belajar. Pastikan kewangan kita kukuh kerana kita perlu mengambil kira perbelanjaan pengangkutan, tempat tinggal, makanan dan keperluan lain. Bagi pelajar UniKL yang menyertai program exchange student ni, kami ditaja dari segi perbelanjaan tiket kapal terbang, visa dan juga insurans. Hanya hostel dan perbelanjaan harian saja yang kami perlu sediakan. Alhamdulillah..


3) Dokumen-Dokumen Penting

  •  Persediaan dokumen penting pula adalah memastikan passport kita tidak tamat tempoh, menyediakan dokumen-dokumen penting untuk memohon visa pelajar dan insurans seperti penyata akaun bank, passport, 2 keping gambar passport, surat tawaran belajar, dan salinan kad pengenalan diri serta ibu bapa. Pastikan juga tiket kapal terbang dibeli awal bagi memastikan tarikh berlepas kerana ianya penting. Salinan tiket kapal terbang juga salah satu dokumen penting untuk memohon visa pelajar.


4) Restu Ibu Bapa
  • Apa yang paling utama dari persediaan-persediaan yang dinyatakan di atas ialah restu ibu bapa. Restu ibu bapa ni paling penting sebab apabila kita dapat restu dari mak ayah kita, apa saja yang kita lakukan akan terasa mudah. lebih-lebih lagi sebagai seorang pelajar. Setiap persediaan pasti akan melibatkan ibu bapa kita terutamanya dari segi kewangan. Doa ibu bapa tu tonggak kejayaan kita sebagai anak mereka. InsyaAllah, dengan adanya restu dari ibu bapa, Allah akan bantu memudahkan urusan kita.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Redha Allah bergantung pada redha kedua-dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa"


5) Persediaan Komunikasi
  • Sebelum ke luar negara, salah satu perkara yang penting ialah memastikan kita tahu sekurang-kurangnya basic bahasa dan percakapan mereka. Ini bagi memudahkan kita berkomunikasi di sana. Kalau negara yang dikunjungi tu menggunakan bahasa inggeris dalam komunikasi mungkin memudahkan kita, tetapi seperti saya dan kawan-kawan yang akan ke Korea, kami perlu mempelajari basic bahasa Korea (Hangul) memandangkan rakyat negara Korea kurang fasih berbahasa Inggeris. Antara jalan terbaik untuk mempelajari bahasa Korea ialah dengan menyertai kelas bahasa. Bagi yang ingin belajar bahasa Korea bolehlah mendaftar di Korea Tourism Organization secara percuma.


Jangan lupa membuat sedikit "research" tentang negara yang akan dikunjungi.Itu saja tips-tips persediaan awal untuk entri kali ini. Nanti saya sambung lagi di bahagian ke2 pula.. Terima kasih kerana sudi membaca dan mengunjungi blog ini. Semoga tips ini memberi manfaat. 

P/s: Sila tinggalkan link blog anda supaya saya boleh mengunjungi blog anda.Terima Kasih. Maaf penulis memang sedikit skema.. hehe =p

"Entri ini juga telah dipublish di blog ciklaili.com sebagai penulis jemputan. Terima Kasih kak laili kerana sudi memilih saya sebagai penulis jemputan. Sangat tidak disangka dipilih oleh blogger terkenal seperti kak laili. Terima kasih kerana bagi peluang kepada blogger picisan seperti saya. Semoga entri saya memberi manfaat kepada pembaca blog kak laili. Jom ramai2 follow blog ciklaili.com kerana terdapat banyak tips dan info menarik seperti tips2 percutian dan tips untuk bakal ibu."

16 comments:

dillataib said...

salam wbt.
terbaca entri ni dalam blog ciklaili.:)

kebetulan korea dekat sungguh di hati ni.hehe.so bila terbaca ttg korea je jadi trgerak untuk beri komen.:')

so,tahniah dah nak terbang ke korea.!
insyaAllah sy doakn smuanya berjalan lancar.^^

Diana said...

Syoklaaa dapat pegi korea.. =)

elin.shazlin said...

Diana: =)Alhamdulillah

elin.shazlin said...

Dilla.. wsalam.. Alhamdulillah rezeki dapat ke sana. Terima kasih ^^.. insyaAllah..Aamiin.. terima kasih kerana mendoakan saya dan sudi mengunjungi blog ni =)

Unknown said...

bestnya dpt ke sana. 4 bulan plak tu...tahniah!

:)

elin.shazlin said...

Syuhada.. Alhamdulillah rezeki.. Harap2 leh cpat fasih sbb rsau nk berkomunikasi kt sne. Tringin? Jom2 ikut skali.. Hehe :-P

elin.shazlin said...

MK Kimi .. Alhamdulillah rezeki... Terima kasih ^^

Unknown said...

nak tnya...baper costs sara hidup sbgai student li disana?, dimana student li akan ditempatkn?, cara permakaian student yg buat li disana?

elin.shazlin said...

leeyana: cost sara hidup brgantung pada diri kita.. minimum rm 700... student li akan ditempatkan di asrama di dalam kampus.cara pemakaian pulak tidaklah formal.. boleh pakai jeans dan t shirt.

Syazwani Kim said...

Assalamualaikum Kak Elin,
Saya Syazwani Binti Musa..
Tahniah kerana dapat mengikuti program student exchange.. ^-^
Saya ada beberapa soalan mengenai program ni.. Masa kat uniKL, akak ambik course apa ye? Program student exchange ni tak kira student mana2 (still uniKL tapi course lain) pun boleh apply ye? Hope to hear your reply soon! Thank you in advance kak Elin :)

elin.shazlin said...

Waalaikumussalam syazwani.. Akak amik bachelor engineering technology in networking system.. awak unikl mana? mcm unikl miit, sume course boleh apply asalkan memenuhi syarat. tp unikl cwgn lain boleh apply bergantung tawaran yg dibuka masa tu ke negara mana yang ada dlm list universiti..

Syazwani Kim said...

Kak Elin, tq sebab reply ^.^
So far saya dah tanya pada baaaaaanyak experienced student psl program student exchange yg unikl offer, tapi masih tak dapat jawapan. Berjuta-juta-juta terima kasih kak elin sbb luang masa utk reply. You've made it clear for me! :) in shaa Allah, Allah akan senangkan jalan akak sbb dah tolong clear kan pertanyaan saya :D

Saya skrg final year student uitm negeri sembilan. Saaaangat berminat nk bljr dkt unikl ni since sklh lg, tapi tu la, dpt uitm, terus pergi. Saya ingat degree nnti nk buat dkt unikl, bachelor in chemical engineering (food).. In shaa Allah :D pasal student exchange yg akk cerita tu kan, info2 psl tu sume mmg pihak unikl yg akn update dkt student diorang ye? Sbb sy cari2 jgk dkt portal, miit, micet sume tu, sy x jumpa info psl application utk join program student exchange tu :(

Akk free ke skrg? Sy harap akk x terganggu dgn soalan2 sy. Terima kasih byk3 kak elin ;)

elin.shazlin said...

Nanti pihak unikl akan update kan pada student yang akan praktikal selalunya.. lepas tu die akan bukak application then student boleh apply. kalau dpt die akan interview dulu sblum pilih.. selain korea ade jugak negara lain macam cambodia,kazakhstan dan paris =)

Syazwani Kim said...

Wahh! Bestnya! Dpt collect experience mcm mana student overseas study! :D oh banyaknya pilihan tempat program! Adododoiiii seronoknya saya even to the thought of it!!! ;D

Kak Elin, blh tak kalau sy nak mintak e-mail akk? Sy ada beberapa perkara nak tanya, psl yuran, intake n sume2 tu. Tapi, privacy is all yours, kak ;)

elin.shazlin said...

Akak exchange student je for practical but Alhamdulillah byk pengalaman yg akak dpt. InsyaAllah Apa yg akak boleh jawab, akak akan jawab.. email akak elynn.shazlin@gmail.com

Unknown said...

Assalamualaikum. Bolehah saya dapatkan email untuk saya tanyakan beberapa perkara berkaitan praktikal di Semyung Universiti kerana insyaALLAH tahun depan saya akan berpraktikal disana. Harap dapat membantu :)