Saturday, March 17, 2012

Perkara yang sering kita lupa~~

Sebagai manusia, ada pelbagai perkara yg sudah menjadi fitrah manusia.. itu lumrah.. LUMRAH... sebagai manusia BIASA, kita akan membuat kesilapan tak kira betapa baik nya kita kerana semua manusia itu dikurnia kan nafsu.. cuma yg membezakan kita ialah kesilapan yang kita buat.. adakah kesilapan itu BESAR atau kecik... apa yang membezakan kita lagi ialah sejauh mana kesilapan itu menjadi pengajaran buat kita, sejauh mana tindakan kita untuk memperbaiki diri agar tidak mengulangi kesilapan itu... atau adakah kita sendiri lebih senang membiarkan kesilapan itu berlalu pergi tanpa melakukan apa2 walaupun hanya mengambil langkah berfikir sejenak saat kita tersedar tentang kesilapan itu... Lupa itu adalah lumrah manusia...ya LUMRAH manusia... cume yg membezakan adalah perkara yang dilupakan adakah ia baik atau tidak baik untuk dilupakan... Apa yang KITA sebagai MANUSIA BIASA sering LUPA?


  • Kita sering sedih tentang apa pandangan orang LAIN terhadap kita tapi kita tidak pernah sedar akan pandangan KITA terhadap orang LAIN.
  • Kita sering mempersoalkan tindakan orang lain tanpa kita pernah persoalkan tindakan KITA.
  • Kita sering ambil tahu tentang kekurangan orang LAIN tetapi kita lupa kekurangan KITA.
  • Kita sering menewaskan orang LAIN tanpa kita peduli tentang menewaskan keburukan diri KITA sendiri.

ya... satu perkara yg kita sering lupa adalah diri KITA sendiri... tanpa kita sedari, kita hanya membazir masa mempedulikan tentang orang lain sedangkan ada perkara yg perlu di ambil berat tentang diri KITA...

Kalau kita mahu orang lain ubah persepsi dan pandangan mereka terhadap kita, kita perlu ubah persepsi dan pandangan kita terhadap mereka dan terhadap diri sendiri... wallahualam..

yang pasti SATU perkara yg penting ialah kita perlu UTAMAKAN pandangan ALLAH daripada pandangan MANUSIA kerana hanya dengan itu kita dapat mengubah diri kita, dan sekali gus mengubah persepsi kita dan orang lain terhadap diri kita sendiri... Semuanya untuk kebaikan diri KITA... insyaAllah ♥



pesanan buat diri sendiri yang sering lupa dan lalai serta pesanan buat sahabat2 diluar sana.. 

No comments: