Bismillah..
Assalamualaikum..
Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah ..
- Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.
- Dari Anas ra. berkata :"Rasulullah saw. adalah orang yang paling baik budi pekertinya."(Riwayat Bukhari & Muslim)
- Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu & berazamlah tidak mengulanginya lagi.
- Syukur di dalam nikmat & sabar di dalam ujian mudah diucapkan tetapi amat sulit untuk dilaksanakan.
- Allah Taala berfirman :"Sungguh akan Kami berikan cobaan kepada kamu sekalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa & buah-buahan. Dan berikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar."(Al-Baqarah : 155)
- Kesenangan & kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan & kelalaian. Kesusahan & penderitaan itu selalunya membawa kepada kekecewaan & putus asa, kecuali orang yang mu'min.
- Allah Taala berfirman :"Janganlah kamu memalingkan mukamu dari sesama manusia & janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri."(Luqman : 18)
- Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang lain, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur & tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.
- Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tetapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.
- Allah Taala berfirman :"Dan orang-orang yang menahan amarahnya serta suka memaafkan kesalahan orang lain. Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik."(Al-Imran : 134)
- Tahu diri kita hamba, itu adalah ilmu. Merasa diri kita hamba, itu adalah penghayatan. Yang kedua inilah akan lahir sifat tawadu', malu, khusyu', takut, hina & lain-lain lagi sifat kehambaan.
- Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.
- Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tetapi jangan putus hati kita dengan Allah, ini adalah hak-Nya pula.
- Dari Ibnu 'Umar & 'Aisyah ra. berkata, Rasulullah saw bersabda :"Malaikat Jibril senantiasa berpesan kepadaku untuk selalu berbuat baik terhadap tetangga sehingga aku menyangka bahawa tetangga itu akan ikut mewarisinya."(Riwayat Bukhari & Muslim)
- Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan. Na'uzzubilah ..
Jika kau mendapati jiwamu di tahap yang tinggi,
maka awasilah kerana bila-bila masa sahaja kau akan ke bawah
Namun jika kau merasa jiwa sentiasa di bawah,
percayalah bila-bila masa pun akan kau akan berada di atas
Walau di mana kau berada,
batasilah nikmat atau musibah dengan syukur kerana syukur adalah redha
Ingatlah bahawa kabus itu memang gelap,
tapi lama-kelamaan ia akan hilang pabila munculnya sang mentari
-Mohamed Al-Fateh, Pemerintah Kota Constantinople-
.The Beauty of Islam.
Jom Mengislahkan Diri >>
#sumber: blog INI
No comments:
Post a Comment