Monday, September 17, 2012

Sampaikan ilmu~~

Bismillah..
Assalamualaikum..


Ilmu adalah anugerah Allah kepada setiap makhluk yang bergelar manusia.
Melalui ilmu, manusia berkuasa, ramai pengaruh dan pengikut.
Allah pula berkuasa mencabut, menghina dan memuliakan sesiapa yang dikehendakinya.
Justeru, janganlah seseorang itu sombong dan membanggakan diri dengan ilmu yang sedikit.
Seseorang yang mencintai ilmu, hatinya sentiasa terpaut dengan majlis ilmu walaupun jarak jauh yang perlu ditempuh, tenaga dan masa yang perlu dikorbankan.
Namun, jangan lupa, mereka yang menuntut ilmu, menjadi kewajipan kepadanya menyampaikan ilmu kepada mereka yang tidak hadir dalam majlis itu.
Sampaikan sama ada melalui mata pena (penulisan) atau lidah. Ini sesuai dengan hadis Rasulullah s.a.w, maksudnya: 
"Sampaikan daripadaku (meskipun satu ayat)".

Mereka yang mempunyai ilmu keagamaan wajib menyampaikan, tidak boleh disembunyikan walaupun satu ayat. Ini seperti sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Sesiapa yang mengetahui sesuatu ilmu itu lalu disembunyikan akan dia, nescaya Allah akan mengalungkan kepadanya di hari akhirat dengan kalungan dari neraka".

Sumber: myMetro -- Ad-Din

Sampaikan lah ilmu setiap hari..  ia saham yang tidak pernah rugi =)




2 comments:

Dhamiri said...

nasihat yang baik...benar menyampaikan ilmu adalah tanggungjawab semua umat Islam :)

elin.shazlin said...

Syukran ya Akhi.. =)