Bismillah..
Assalamualaikum..
Duhai diri.. ada sedikit pesanan buatmu..
kau kata kau nak cari redha Allah..
Betulkah?
Betulkah kau nak cari redha Allah?
Kalau betul.. kenapa kau tidak serius?
kenapa kau masih bermalas-malas?
kenapa kau masih berlemah-lemah?
kenapa kau tangguh-tangguh kebaikan?
kenapa kau layan sesuatu yang merosakkan?
kenapa kau masih tidak bersungguh-sungguh?
kenapa? kenapa dengan hatimu?
Tanya kembali hatimu..
Betulkah kau mahu redha Allah?
Betulkah kau mahu cinta kasih-Nya?
Sekiranya betul.. tunjukkanlah bahawa kau betul-betul mahu.
Jangan sekadar 'mahu' yang keluar di bibir.
Hanya cakap-cakap biasa. Omong kosong.
Tapi buktikanlah 'mahu' itu dengan usaha..
Buktikan dengan tindakan.
kau betul-betul mahu bukan? maka buktikanlah..
Buktikan pada siapa?
Buktikan pada Allah 'Azza Wa Jalla.
Buktikan kesungguhanmu dalam menagih kasih-Nya.
Biar Allah sendiri menyaksikan bahawa kau benar-benar mahukan redha-Nya.
Bila?
Bermula pada detik ini. Saat ini. Jangan ditangguh-tangguhkan lagi.
Sudah berlalu masa yang panjang dalam kehidupanmu.
Apakah ingin kau teruskan hidup tanpa kesungguhan mencari redhaNya?
Cukuplah.. cukuplah masa lalu yang sia-sia itu.
"Inilah masanya!"
Hayatilah bagaimana Allah 'Azza Wa Jalla memujuk kita untuk serius dalam mencari redha-Nya.
Firman Allah;
"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk hati mereka mengingati Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang telah diwahyukan? dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka menjadi orang-orang yang fasik(derhaka)"
(Surah al-Hadid ayat 16)
(Surah al-Hadid ayat 16)
Tidakkah dirimu memahaminya?
Mengapa kau menangis? Menyesali dirimu?
Sudahlah..
Kesat air mata sesalmu dan mulakan langkahmu.
Bergeraklah mengatur dunia yang sementara ini.
Bergeraklah berpandukan Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya.
Agar dirimu menuju Siratul Mustaqim.
Jalan lurus yang penuh duri dan rintangan.
Jalan lurus yang ditempuh sekalian kekasih-Nya.
Jalan lurus yang membawa ke Syurga-Nya.
Allah yang ingin kita cintai telah menetapkan bahawa itulah jalan yang mesti ditempuh oleh semua kekasih-Nya..
Firman-Nya lagi;
"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."
(Surah al-Baqarah ayat 214
(Surah al-Baqarah ayat 214
Bergeraklah.. dan teruskan bergerak.. Biar dirimu menjadi khalifah yang serius mengabdikan diri kepada-Nya. Hanya kepada-Nya
Pada saat hatimu bersuara;
"Aku Hamba Allah yang mahu menjadi Kekasih-Nya."
Maka buktikanlah..
"Ya Allah.. Tunjukkanlah aku jalan yang lurus itu.. Berilah aku kekuatan dan petunjuk dalam mengusahakan kehidupanku keranaMu.. Agar pengakhiran hidupku beroleh Rahmat keredhaan daripadaMu.." Amin ya Rabbal 'Alamin...
# Astaghfirullahalazim... Alhamdulillah ya Allah atas nikmat ilmu yang Engkau kurniakan.. Ya Allah, jadikan lah aku wanita yang solehah.. Amin..
No comments:
Post a Comment