Thursday, December 13, 2012

Isti'azah

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..




Isti'azah ialah semua lafaz-lafaz atau bacaan-bacaan untuk meminta perlindungan kepada Allah. 
Di antara contoh isti'azah ialah surah An-Nas. Ta'awwuz juga satu antara isti'azah.

Ta'awwuz ialah lafaz "A'uzubillahi minasy syaitonir rajiim".


Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a, “Bahawasanya Rasulullah S.A.W membaca a’uzubillahi minasy syaitonir rajiim sebelum membaca al-Quran”. (HR Abdur Razzaq dalam Al-Musannaf ).

Firman Allah “…maka apabila kamu membaca al-Quran, hendaklah kamu memohon perlindungan dengan Allah dari syaitan yang direjam”. (An-Nahl :98)

Sumber: Blog Tazkirah



Was-Was

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..




Kisah Abi Al-Wafa’ menyedarkan seorang yang was-was.

Abu Al-Faraj Bin Al-Jauzi mengisahkan dari Abi Al-Wafa’ Bin ‘Uqail: Bahwa seorang lelaki berkata kepadanya: Aku telah menyelam dalam air beberapa kali tetapi aku masih was-was atau ragu, adakah mandi wajib aku sah atau tidak ? Bagaimana pendapat tuan syeikh dalam perkara ini? Lalu syeikh menjawab: Beredarlah kamu, sesungguhnya engkau tidak wajib solat. Lelaki tersebut bertanya: Mengapa demikian? Jawab syeikh: Kerana Nabi (sallallahu alaihi wasalam) telah bersabda: “Tidak diberi dosa tiga golongan manusia: Orang gila sehingga dia siuman, orang tidur sehingga dia sedar dan kanak-kanak sehingga dia baligh”. Orang yang menyelam di dalam air beberapa kali tetapi dia masih ragu, adakah air sampai ke tubuhnya atau tidak, maka dia adalah orang gila.

Was-was atau keraguan adalah berpunca dari hasutan syaitan.

Firman Allah SWT : “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekelian manusia, yang menguasai sekelian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia". (An-Nas : 1-6)

Antara usaha untuk mengatasi was-was ialah membaca isti'azah (memohon perlindungan kepada Allah) agar dilindungi dari hasutan syaitan. Di antara isti'azah yang biasa ialah ta'awwuz iaitu lafaz "A'uzubillahi minasy syaitonir rajiim" (aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam).


Wallahu 'alam.




Sumber: Blog Tazkirah


Masakan terhebat~

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Dulu masa kecik2, cecita cita-cita nak jadi chef.. semua gara-gara asyik tengok cite masakan kat tv.. Setiap episod asyik tunjuk masakan sedap2 pastu comel2 terus rasa nak jadi chef. sebab nya? ingat dapat makan sedap2.. haha.. tapi bila besar da lain.. cita-cita pon dah berubah.. tapi entry kali ni bukan nak cerita pasal cita-cita berubah jadi apa bila da besar ni. entry kali nak cerita tentang masakan terhebat... Masakan siapa? Masakan yang terhebat selepas masakan seorang IBU.. masakan yang turut dipenuhi kasih sayang dan masakan yang simple tapi mampu memberi kesedapan tahap maksima... iaitu MASAKAN SEORANG ABAH a.k.a ayah, abi, papa, daddy dan sekumpulan dengan nya...

Alhamdulillah... saya dikurniakan seorang abah yang selalu kalau memasak siap masak untuk anak die skali, tak perlu tanya anak die nak ke tidak. Bila da masak, panggil je masuk dapur ambil makanan, semua meluru masuk dapur walaupun masa tu kat tv tgh tayang cerita feveret, walaupun masa tu tengah seronok chatting kat facebook, twitter, walaupun masa tu tengah sibuk update blog.. semua da tak peduli sebab panggilan makanan yang dimasak oleh seorang abah ni mempunyai aura yang sangat istimewa.. begitu la al-kisah nya... siapa pernah rasa apa yang ayah dia masak? angkat tangan.. mesti sedapkan walaupun hanya semangkuk megi perisa kari dan hanya telur goreng... Bila makan mesti rasa tak cukup... rasa nak tambah2 nak suruh2 abah kita masak lagi dua periuk... begitulah nikmatnya air tangan seorang abah... 

*ni megi abah saya yang masak*

Salah satu moment paling indah bersama seorang abah ialah bila kita tengah khusyuk belajar.. Fokus 100% sampai lupa makan, tiba2 abah kita hulur sepinggan makanan yang dimasak oleh abah... kenangan yang sentiasa tersemat dalam hati dan ingatan... *harap dapat seorang suami macam abah*

Syukur Alhamdulillah... diberi nikmat oleh Allah merasa masakan seorang abah... betapa berharga nya saat2 menikmati masakan itu.. Terima kasih abah.. sebab masakkan, sebab selalu bancuhkan air kegemaran, sebab selalu buat air laici + nenas yang sedap dan tiada tandingan... I love u so much.... love u lillah hatta fil jannah abadan abada...

Ya Allah, kurniakan lah abah ku umur yang panjang, kesihatan yang berpanjangan, rezeki dan nikmat dari Mu dan lindungilah abah ku di dunia dan di akhirat... Aamiin ya rabbal alamin.... 

eh comey pulak baby ni duduk dalam periuk.. suke die duduk dlm tu  ^^


p/s: Mama and abah masak apa pun sedap... =D oh baru perasan entry minggu ni asyik cakap pasal makanan.. =p


Wednesday, December 12, 2012

Wordless Wednesday: Best Snack Ever~~

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Otak-otak... *Love*


Food Part 3: Chicken Bolognese Spaghetti

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Saya seorang peminat spaghetti, setiap bulan mesti makan at least sekali. Semua jenis spaghetti pun saya minat. Tak kira la carbonara ke, bolognese ke, aglio olio ke.... semua saya suka.. betapa penggemar spaghetti nya saya.. ok.. kesimpulan nya, siapa yang ada buat open house masak spaghetti boleh panggil saya kalau nak minta tolong habiskan.. ecehhh... kikikiki... ok berhenti berkata-kata... sebenarnya intro je kemain, entry kali ni takde pon kena mengena dengan open house ke jamuan hari jadi ke tapi entry kali ni nak berkongsi satu lagi resepi yang kerap di masak bila duduk rumah sewa. sebab selalu di masak? sebab senang, cepat dan murah!! Entry kali ni nak cerita resepi the most common spaghetti yang orang akan order bila di kedai makan iaitu Spaghetti Bolognese...


Bahan-Bahan :
Spaghetti
Air
1/2 sudu cili boh (kalau suka pedas tambah banyak sikit)
1/2 botol traditional sos spaghetti Kimball
Daging ayam Cincang digoreng (Boleh Digantikan dengan Sosej ayam dipotong kecil bentuk dadu)
Cheddar Cheese (atau mozarella cheese)
1 sudu kecil minyak masak (boleh digantikan dengan minyak zaitun)

Cara-cara:
1) Rebus Spaghetti di dalam periuk yang diisi air secukupnya dan sedikit minyak masak sehingga empuk. Angkat dan toskan.
2) Panas kan periuk atau kuali. Panaskan minyak dan kemudian masukkan cili boh. tunggu sehingga cili boh betul-betul masak.
3) Masukkan sos spaghetti. masukkan sedikit air. Kacau.
4) Masukkan daging ayam cincang dan kacau sehingga sos masak.
5) Angkat sos dan tuangkan sos ke atas spaghetti. Kemudian taburkan cheese.. Siap dan sedia untuk dihidangkan.. ^^

Selamat mencuba =)


P/s: Bila nak kongsi resepi masakan melayu ni... lalala tungguuuu~~


Tuesday, December 11, 2012

Mengkhianati dan dikhianati

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum..
'' Aku tertekan la semalam aku putus cinta...  ''
''Semalam kawan aku fitnah aku depan cikgu..''
''Lukisan aku tapi orang lain dapat nama ''
Pernah  tidak anda lalui saat seperti itu? Itulah antara situasi apabila diri dikhianati. Saat kita menyebut-nyebut tentang khianat mesti rasa sakit hati, marah dan sebagainya. Setiap orang pasti pernah merasai perasaan dikhianati.
Khianat boleh terbahagi kepada beberapa jenis antaranya tipu, menyakiti fizikal dan mental, mempermainkan perasaan dan sebagainya. Pernahkah anda merasai perasaan sebegitu? Hampir 80% manusia di muka bumi ini pernah melalui saat ini. Manakala 20% pula datangnya dari golongan mereka yang menyakiti dan mengkhianati.
Motif di sebalik mengkhianati orang lain ini hanya empunya diri sahaja yang tahu. Mungkin kerana hendak berseronok? Mungkin juga faktor terdesak? Hanya Tuhan saja yang tahu apa yang terlintas di hati mereka. Penyebab yang utama ialah hati. Ada sesuatu di hati mereka yang membuatkan diri mereka terasa teruja hendak mengkhianati orang lain. Dalam hati mereka ada perasaan dengki dan dendam terhadap mangsa yang disakiti. Apa yang mereka rasai selepas mengkhianati perasaan orang ialah PUAS.
Apa yang mereka PUAS sebenarnya?
Nafsu mereka yang puas. Hati yang penuh rasa iri hati, dendam, dengki dan sebagainya itulah yang akan rasa puas. Walhal mereka sebenarnya menambah sesuatu perasaan tidak tenang dalam diri. Mungkin hari ini mereka puas setelah menyakiti hati orang tapi hari seterusnya merekalah akan menjadi orang yang paling sakit, iaitu sakit di lubuk hati mereka. Pada saat itulah mereka akan menjadi orang yang paling sakit di jiwanya akibat perbuatannya itu.
Mahukah kita menjadi orang yang mengkhianati orang lain? Semata-mata untuk 'tenangkan' nafsu dalam diri ini? bukan sekali nafsu inginkan kita berbuat begitu pada orang malahan nafsu inginkan perkara seperti itu berulang-ulang kali supaya senantiasa puas dan 'tenang'.
Bukan ingin menyalahkan nafsu, bukan ingin menyalahkan sesiapa tetapi salahkan diri sendiri. Mahukah kita menzalimi diri sendiri dengan membiarkan diri melakukan perkara begitu? Kasihan pada diri sendiri..itu yang lebih utama
Kebanyakan orang sekarang sanggup membiarkan diri berada dalam kezaliman. Kezaliman pada diri sendiri. apabila sudah tiada perasaan kasih sayang pada diri, sudah pasti tidak akan ada kasih sayang pada orang lain. Perkara itulah yang membuatkan diri rasa seperti hendak menyakiti orang lain dengan mengkhianati mereka.
Fikir-fikirkanlah kembali adakah dengan berbuat begitu apa faedah yang kita akan dapat selain memuaskan nafsu jahat sendiri? Tiada jawapan untuk soalan sebegini kerana memang tiada jawapan. Hanya orang yang mengkhianati orang dapat menjawab soalan ini.

Jika bertanya kepada diri saya sendiri adakah saya pernah dikhianati, mustahil untuk saya katakan tidak. sememangnya pernah dikhianati tetapi apa yang saya buat untuk mengatasinya? Jika anda melalui perkara yang sama, boleh cuba tips berikut;
1) Jika sedih, lepaskan perasaan sedih itu dalam sehari. Selepas itu carilah bahan bacaan yang memotivasikan diri. Bahan bacaan yang terbaik ialah al-Quran. cuba dan buat!
2) Jika rasa pedih di hati. jumpa dengan orang yang mengkhianati kita, dan luahkan apa yang terpendam di hati. Lepaskan semuanya. (jangan melampaui batas)
3) Jika rasa dia masih menganggu anda boleh cuba keringkan hati dan abaikan dia, jangan sesekali beri PELUANG . Jangan sesekali! Jika beri peluang, tidak mustahil untuk disakiti lagi.
4) Kesan yang besar dalam hidup kita. Jangan paksa diri untuk melupakan orang tersebut, tetapi simpanlah dalam diari hidup supaya berhati-hati dengan orang seperti itu dan jadikan kisah sebagai pengajaran.
5) Jangan lupakan doakan orang tersebut. Pohonkan pada Allah, moga dilembutkan hatinya agar mudah menerima nasihat dan pandangan. Walaupun orang tersebut telah mengkhianati anda, doakan sahaja kebaikan untuknya. Ingat, sekalipun orang melakukan kejahatan kepada kita, balas la ia dengan kebaikan. Sesungguhnya kebaikan itu akan menghapuskann kejahatan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
"Bertaqwalah kepada Allah walau di mana jua kamu berada, dan turutilah segala kejahatan yg kamu lakukan itu dengan kebaikan, nescaya ia akan menghilangkan kejahatan tersebut. Dan berakhlaklah kepada manusia dengan akhlak yg mulia."
(Hadis Riwayat At-Termizi dan Ahmad)
Walaupun hadis di atas menfokuskan kepada kejahatan (sesetengah ulamak mentafsirkannya sebagai dosa kecil) yang kita sendiri lakukan, maka boleh terhapus dengan kebaikan yang kita lakukan.. Namun point yang utama di sini  juga "sesungguhnya kejahatan itu akan dapat di'kalahkan' dengan kebaikan. 
Sebagai orang yang dikhianati jangan kita pula menjadi seperti mereka iaitu membalas dendam. Automatiknya kita juga yang akan menjadi orang yang mengkhianati. Mahukah kita? Jauhkanlah diri daripada rasa perasaan seperti itu. Jauhkan juga diri daripada penyakit hati seperti itu. Percayalah, bukan kepuasan dan ketenangan hakiki yang akan dicapai.
Nasihat untuk sesiapa sahaja yang pernah mengkhianati dan dikhianati, kunci utamanya ialah sabar dan cuba bertenang. Fikirkan apa yang anda miliki sekarang dan cuba bersyukur iaitu dengan memuji Allah atas apa jua yang berlaku.
Benar, jika syukur dengan apa yang kita ada hati akan rasa gembira dan tenang juga akan menyapa. Sabar untuk yang dikhianati. Sabar itu satu nikmat. Untuk capai nikmatnya kesabaran itu, sabarlah dulu. 
Firman Allah yang bermaksud;
"Maka bersabarlah engkau (Muhammad) ata apa yang mereka katakan. Dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbena, dan bertasbihlah (pula) pada waktu tengah malam dan di ujung siang hari, agar engkau merasa tenang"
(Surah Taha ayat 130)

Kahwin Muda : Jangan Ingat Mudah!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Sejak akhir-akhir ini ramai yang melangsungkan perkahwinan pada awal waktu, ketika masih belajar atau ketika umur masih muda.. Alhamdulillah..
Walaupun diri ini juga tergolong dalam golongan "kahwin awal" iaitu ketika tahun ke 2 di universiti, namun ada beberapa pesanan ringkas untuk renungan bersama, agar Sunnah yang amat dianjurkan oleh Rasulullah SAW ini tidak berakhir dengan Fitnah !!
Sama ada kepada mereka yang "menyokong" kahwin awal atau sangat "menentang" kahwin awal, apa yang perlu difahami bahawa setiap individu mempunyai situasi/masalah yg berbeza-beza dan pelbagai; ada yg perlu kahwin awal, ada yang merasakan tidak perlu kahwin selagi belum habis belajar dan macam-macam lagi. Jangan mengharapkan orang lain sama fikiran dengan kita, walaupun rambut sama hitam, belum tentu hati dan perasaan itu mempunyai persamaan.
Anjuran perkahwinan oleh Nabi SAW melalui sabda baginda:
"Wahai sekalian pemuda-pemuda: Sesiapa di antara kamu yang mampu nikah (disebut dalam syarah makna hadis ini, "Nikah" bererti jima', nafkah dan mahar)", maka berkahwinlah; kerana sesungguhnya ia (kahwin) lebih menundukkan pandangan, lebih menjaga kemaluan. Dan jika dia tidak mampu, maka (digalakkan) berpuasa; itu adalah penjagaan baginya."
(Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari 1905, Muslim 1400)
Ada ulamak hadis menyatakan bahawa istilah "pemuda-pemuda" di situ ditekankan sebagai galakan agar disegerakan perkahwinan pada umur yang masih muda (ada ulamak yang menyatakan sebelum umur 40 tahun, dan ada yang menyatakan 25 tahun dan pelbagai lagi tafsiran ulamak).
Di sini, dinyatakan beberapa situasi yang perlu diambil perhatian, sebelum membuat keputusan, tanpa menuding orang lain, tepuk dada, tanya hati dan iman!
Pertama: Mereka yang tidak mengalami gelodak jiwa, dan mampu menahannya (samada dengan berpuasa, ataupun boleh mengawal fikirannya dengan sebaik mungkin), maka golongan ini adalah dinasihatkan terus fokus kepada apa yang dilakukan seperti belajar, bekerjaya dan sebagainya. Dalam masa yang sama sentiasa bermohon kepada ALlah agar segala urusan dipermudahkan di dunia dan di akhirat.
Kedua: Mereka yang "merasakan" dirinya dapat menahan semua itu, tetapi dalam masa yang sama sibuk melakukan pelbagai maksiat (berhubungan bebas dengan bukan mahram), golongan ini sepatutnya mencari jalan keluar dari hal ini, sama ada menghalalkan perhubungan dengan pernikahan atau memutuskan hubungan agar hidup lebih diberkati. Lakukan ini kerana taqwa kepada Allah insyaAllah pasti ada jalannya.

Ketiga: Mereka yang tidak dapat lagi menahan diri, mereka telah cuba, tetapi hati mereka tetap tidak tenang, fokus hilang, hanya terasa ingin kahwin sahaja, tetapi masih mampu menghalang diri daripada maksiat-maksiat, maka golongan ini juga disyorkan agar mencari jalan terbaik dan mohon petunjuk Istikharah daripada Allah, mengadu selalu kepada Allah, jika telah ada calon yang sesuai, bersegeralah untuk halalkan dengan cara terbaik, tekadkan dalam diri bahawa "aku lakukan ini kerana Taqwa", tingkatkan prestasi diri melalui persiapan dari segenap segi, semoga jalan yang dipilih itu paling diberkati!
Firman Allah SW
"sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
(Surah at-Talaq ayat 2)
Melalui tiga situasi ini, difahami bahawa masing-masing ada AQAL untuk menilai diri sendiri, di situasi mana dirinya berada! dan jika perlu berbincanglah sebaiknya dengan mereka yang lebih tua (hormati pandangan mereka), atau sesiapa sahaja yang berpengalaman (yang boleh dipercayai). Apa sahaja pilihan kita, janganlah sampai tersalah menilai seseorang melalui sudut kacamata diri kita (itu merupakan satu kesalahan besar), lantas menghukum org itu, lebih teruk maka terkeluarlah perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya kepada saudara kita sesama Islam.
"Gatal sangat dah ke, sampai perlu kahwin masa belajar!!",
"Belajarlah bagi selesai dahulu!!",
"Aku boleh fokus, takkan dia tak boleh, saja je tu nak kahwin awal!" dan macam-macam lagi.
Sepatutnya, adalah lebih baik kita cuba memandang dari sudut kacamata orang tersebut, mungkin ada kejernihannya, dan pelbagai perkataan yang menyakitkan hati itu mungkin tidak akan keluar, memadailah pesanan Rasulullah SAW sebagai peringatan:
"Orang Islam itu ialah individu yang orang-orang Islam selamat daripada lisannya (kata-kata kesat/mengumpat) dan tangannya (kezalimannya)".
(Hadis Riwayat al-Bukhariy : 6484)
Secara kesimpulannya,  pegangan utama kita adalah Taqwa kepada ALLAH, jika kita mampu mengelakkan maksiat, dan mampu menahan diri, bahkan mampu fokus tanpa memikirkan hal-hal kahwin semasa belajar, maka teruskanlah, dan jangan lupa berdoa untuk mendapat kemudahan/kejayaan dunia dan akhirat (termasuklah perkara-perkara jodoh).
Manakala jika kita tidak mampu menghalang diri, telah bergelumang dengan hubungan bukan mahram (terutama yang telah mempunyai seseorang yang istimewa), persiapkan diri (dari segala segi), cari jalan untuk segera menghalalkannya, ataupun pilih jalan untuk menjauhkan diri dulu dari semua itu.

Ingatlah! Bagi mereka yg sedang dalam lamunan dan hanyut ombak, fikir-fikirkanlah utk menghalalkannya, dan jika masih belum bersedia, jangan sesekali bermain "api".
Dan bagi yang belum tiada dan masih dalam proses mencari atau masih belum memikirkan, maka sentiasalah berdoa ada diketemukan yang terbaik dari sisiNYA, dan setiap taqdirNYA itu dirangkaikan dengan keredaannya semata-mata..
Satu analogi untuk seseorg yang bersedia ke arah cinta halal atau yg sedang bercita-cita ke arah itu..
"Untuk menjadi nahkoda, apa yang penting pada mulanya adalah persiapan sebuah bahtera yang lengkap dan berusaha sedaya mungkin untuk melihat dari segenap penjuru tentang keadaan bahtera tersbut, seterusnya, nahkoda juga perlu menyiapkan diri dengan ilmu-ilmu pengendalian bahtera, serta ilmu-ilmu teknikel yang berkaitan, agar dengan membawa masuk anak-anak kapal ke dalam bahtera seterusnya berlayar, dapat menjamin keselesaan mereka semua dan yang pasti setiap bahtera berlainan nahkoda dan berlainan lautan menjanjikan pelbagai peristiwa/dugaan yg bakal ditempuh, dan ini semua diatasi dengan ilmu-ilmu yang telah dilengkapi sebelum ini.."
"Jika hanya mendayung sampan, jangan sesekali menduga lautan dalam, jika hanya persediaan terlalu sedikit, masih belum tetap pendirian dan keyakinan, jangan sekali-kali mencuba untuk memasuki alam perkahwinan yang menanti dengan 1001 warna kehidupan yang mana impian fantasi belum tentu menjadi realiti.."
Wallahu Anta A'lam

Lalai solat kerana pengaruh dunia


بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ

                                                                    Assalamualaikum
PERNAHKAH kita bersedih kerana tertinggal sembahyang, terlewat mengerjakannya atau pernahkah perasaan rugi kerana tidak sempat melakukan solat secara berjemaah?
Pernahkah kita terasa berdosa tidak ‘beradab’ menghadapi Allah? Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Kali ini penulis ingin menyentuh soal lalai dalam solat.
Lawan lalai ialah khusyuk dan ia bukan setakat dapat menumpukan perhatian dan faham apa yang dibaca dalam sembahyang tetapi menimbulkan rasa-rasa dengan Tuhan.
Kalau tidak ada rasa-rasa yang berubah dalam sembahyang seperti gerun, hebat, cinta, takut, berharap kepada Tuhan maka itu tanda tidak khusyuk.
Lalai dalam sembahyang ada beberapa peringkat seperti berikut:
  1. Lalai habis. Takbir sahaja sudah ingat perkara lain di luar sembahyang yang tidak ada kena mengena langsung dengan sembahyang. Ia berterusan sampai salam. Tidak ada rasa apa-apa dengan Tuhan sepanjang sembahyang. Malahan sedar pun tidak.
  2. Dalam sembahyang. Ada masa lalai dan ada masanya ingat dan sedar bahawa dia sedang bersembahyang. Sembahyang diselang-seli dengan lalai dan mengingat hal-hal dunia.
  3. Boleh ikut dan menyorot apa yang dia baca dalam sembahyang tetapi tidak faham akan maksud apa yang dibaca dan dilafazkan. Kalau hendak diukur dengan nisbah khusyuk, ini masih dianggap lalai. Bila tidak faham, masakan boleh menghayati. Kalau tidak menghayati, masakan boleh merasa apa-apa dengan Tuhan.
  4. Boleh faham segala apa yang dibuat, dibaca dan dilafazkan di dalam sembahyang. Sembahyang seperti ini sudah agak baik. Namun ini masih dianggap lalai mengikut kehendak dan tuntutan sembahyang kerana belum ada apa-apa rasa dengan Tuhan. Khusyuk adalah rasa bukan setakat tahu atau faham.
  5. Faham akan segala apa yang dibaca dan dilafazkan dalam sembahyang dan kadang-kadang ada rasa tetapi tidak pada sepanjang masa dan waktu di dalam sembahyang. Walaupun ini sudah baik tetapi masih ada lalai. Walaupun tidak membawa dunia ke dalam sembahyang tetapi rasa-rasa dengan Tuhan tidak wujud sepanjang waktu dalam sembahyang.
  6. Sembahyang yang tidak lalai itu ialah yang sentiasa mempunyai rasa dengan Tuhan yang berubah-ubah dari satu rasa ke satu rasa yang lain mengikut apa yang dibaca dan apa yang dilafazkan, bermula dari takbiratul ihram hinggalah kepada salam. Inilah sembahyang yang tidak lalai. Inilah sembahyang yang benar-benar khusyuk.

Lalai berpunca daripada pengaruh dunia. Kalau dunia berada di hati amat sukar untuk mendapat khusyuk dalam sembahyang. Dunia akan terbawa dalam sembahyang.
Sebab itu kalau dalam sembahyang hanya ada rasa-rasa keduniaan seperti seronok baru berjumpa kawan, teringat polis saman kereta kita salah parking atau bimbang tak sempat pergi ke bank sebelum bank tutup dan sebagainya.
Rasa-rasa ini ialah rasa dunia yang melalaikan, bukan rasa-rasa khusyuk. Sekiranya kita tidak kenal Tuhan, hanya setakat tahu dan percaya sahaja,
kita tidak akan dapat rasa khusyuk.
Paling tinggi ketauhidan kita hanya di peringkat akal atau fikiran sahaja kerana tahu dan percaya itu perkara akal. Kita dikatakan orang yang berfikiran tauhid, bukan yang berjiwa tauhid.
Mengenal Tuhan ialah langkah pertama untuk mendapat khusyuk. Setelah mengenali Tuhan barulah kita akan dapat merasakan kehebatan dan keagungan Tuhan di hati kita kerana kenal itu perkara hati.
Barulah kita akan dapat rasa bertuhan. Selagi hati kita tidak dapat rasa bertuhan, ia tidak akan dapat rasa kehambaan dan ia tidak akan dapat rasa khusyuk.
Ada hadis berbunyi: “Awal-awal agama adalah mengenal Allah” Maksudnya, selagi kita tidak kenal Allah, agak sukar untuk kita beragama. Kita tidak akan boleh khusyuk.
Selagi kita tidak boleh khusyuk kita sebenarnya belum berjiwa Tauhid. Kalau kita belum berjiwa Tauhid kita tidak akan mampu mengamalkan dan menegakkan syariat Islam secara lahir dan batin.
Mungkin kita boleh laksanakan syariat lahir tetapi batinnya kosong. Tidak ada khusyuk, tidak ada roh dan tidak ada jiwa. Padahal Islam itu mesti ada lahir dan batinnya.
Oleh: Ustaz Mohd.Zawawi Yusoh


Dosa yang nyata dan yang tersembunyi


بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ

                                                                   Assalamualaikum




"Dan tinggalkanlah kamu dosa yang nyata dan yang tersembunyi. Kerana sesungguhnya orang-orang yang berusaha melakukan dosa, mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan."
[Surah Al-An'am: 120]

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya; dan Ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." [Surah ‘Ali-Imran: 29]

Sumber : Cik Dla


Thursday, December 6, 2012

Food Part 2: Baked Makaroni Cheese

Bismillah..
Assalamualaikum..

Kali ni saya nak berkongsi satu lagi resepi iaitu Baked makaroni Cheese... Resepi ni saya cuba dua bulan lepas atas permintaan seseorang... Alhamdulillah menjadi dan sedap walaupun masa buat tu kuantiti pasta terlebih dari sos.. =p ... resepi saya dah tak ingat dari mana saya dapat sebenarnya.. hehehe 

Bahan:-
(A) Macaroni 
1/2 paket  macaroni (saya gantikan dengan pasta)
air secukup nya
garam
sedikit minyak zaitun (saya gantikan dengan minyak masak)

(B) Sos Merah
1 botol sederhana  sos spaghetti (saya guna kimbal traditional sauce)
1/2 paket daging cincang (200gm) (boleh ganti dgn hotdog 1 paket cincang2 kan)
Hirisan Sosej (Hot dog)
sedikit garam

(C) Sos Putih
 2 sudu besar mentega / minyak zaitun
2 sudu besar tepung gandum
600ml susu segar
2-3 keping slice cheddar cheese
1 susu teh serbuk lada hitam

(D) topping - Mozarella cheese (saya pakai cheddar sebab itu je yang ada stock)

Cara-Cara:
(A) makaroni
-panaskan air, minyak dan garam hingga mendidih. masukkan makaroni dan rebus hingga empuk. angkat dan tos kan.

(B) Sos Merah
-Sediakan kuali/periuk. masukkan semua bahan dan gaul sebati. masak hingga mendidih dan daging masak. ketepikan dan sejukkan.

(C) Sos putih
- Panaskan mentega/minyak dgn api perlahan, masukkan tepung gandum dan gaul sebati sekejap.
-Masuk susu segar, sliced cheese dan serbuk lada hitam. kacau adunan hingga sedikit pekat atau berkilat. Angkat dan ketepikan...

Cara melapis:
1) Masukkan 1 1/2  cawan macaroni ke dalam loyang. rata-rata kan.
2)Senduk separuh adunan sos putih dan ratakan atas makaroni tadi.
3) Sendukkan sos merah pula atas sos putih tadi. Taburkan mozarella cheese.
4) Ulang step 1, 2 dan 3 sampai penuh bekas.
5) Bakar makaroni pada suhu 160C selama 35-40 minit atau hingga permukaan nampak keemasan. Hidangkan... sedap dimakan masa panas dan suam juga =)

Sebelum baked, mozarella cheese diganti dengan cheddar cheese sbb tkde stock =)

Siap di makan.. Baked macaroni cheese.. tapi disebabkan ganti dengan pasta jadi lah baked "pasta" cheese... hehe =p

Selamat mencuba =)


Tuesday, December 4, 2012

Bloglist Setahun Dari ciklaili.com

Bismillah..
Assalamualaikum...

Entry kali ni khas untuk menyertai bloglist setahun dari ciklaili.com.. saya dah lama menjadi followers kak laili memandangkan saya mengenali kak laili... Kak laili merupakan seorang guru dan ibu kepada dua orang anak lelaki yang comel keletah mereka... tujuan saya join bloglist adalah untuk menambah kenalan blogger.. Kawan-kawan yang nak sertai pon boleh... cume klik pada banner di bawah ni je..


syarat -syarat nak sertai bloglist ni pun mudah je:

1) Buat satu entri dengan tajuk "Bloglist Setahun Dari ciklaili.com"

Tuliskan apa saja tentang diri dan blog anda. Di dalan entri tersebut linkkan sekali mana-mana entri di blog ciklaili.com yang anda suka. Anda juga boleh nyatakan cadangan penambaikan untuk blog ini.

Contoh : "Saya suka dengan entri Bonus Raya Berganda.."

Tinggalkan URL entri anda tersebut di ruangan komen di bawah.

2) Like fanpage ciklaili.com.

ok... nak bercerita tentang diri dan dan blog saya, mostly orang panggil elynn je.. tiada apa yang menarik tentang diri ni cuma seorang pelajar dalam bidang networking engineering yang masih belajar dan memperbaiki diri... Seorang yang pemalu di luar tapi peramah di alam maya... tentang blog pula, blog ni tempat saya berkongsi artikel2 menarik yang saya pernah baca. Blog ni juga tempat menceritakan pengalaman2 hidup saya dan tempat menyimpan kenangan saya. itu saja..

Entry di blog kak laili yang paling saya suka baca adalah entry2 berkaitan panduan kehamilan, tips2 penjagaan anak dan panduan percutian memandangkan impian saya untuk berkeluarga satu hari nanti... insya Allah.. Salah satu entry yang paling saya suka adalah entry mandi manda di wet world shah Alam kerana suka melihat pengalaman bercuti bersama keluarga dan anak2 dan juga entry perkembangan bayi dari 1 hingga 4o minggu kehamilan kerana entry ni buat saya kagum dengan kekuasaan Allah dan buat saya teruja dengan perkembangan bayi di dalam perut... Subhanallah.... ='D

cadangan buat kak laili pulak, ape ye?? rasa nya tiada sebab blog kak laili blog dikata kan salah satu blog menarik yang ada banyak info yang berguna buat pembaca blog ciklaili.com... Semoga kak laili terus berblogging dan mengupdate tentang keletah amir dan amar... =) Terima kasih sebab sudi buat bloglist untuk beri peluang kepada blog-blog baru seperti saya...




Monday, December 3, 2012

Hakikat Sebuah Doa

Bismillah..
Assalamualaikum..

Setiap manusia dilahirkan mempunyai masalah. Pelbagai persoalan muncul di depan mata, seakan tiada habisnya. Lebih daripada itu, masalah itu semakin menenggelamkan manusia pada penderitaan yang tidak berkesudahan.
Ramai di antara mereka yang berputus asa. Perintah solat mula ditinggalkan, bersedekah apatah lagi. Bahkan ironinya, ada yang pergi ke tok bomoh, mencuri, menjual diri dan pelbagai bentuk kejahatan lain yang dianggap sebagai solusi untuk menyelesaikan krisis yang melanda diri mereka.
Hidup pun tiada terasa indahnya lagi. Lihat ke kanan masalah, ke kiri masalah, atas dan bawah pun masalah yang seakan-akan datang menghimpit seluruh jiwa dan raga.
Lalu apa yang patut kita lakukan ketika ini? Adakah kita hanya bersembunyi di balik masalah ini? Menjerumuskan diri pada bentuk maksiat yang menjanjikan keuntungan besar dalam masa singkat? Minum minuman keras yang dapat melupakan masalah kita dalam masa sementara? Atau bunuh diri agar masalah yang dihadapi selesai setelah kita mati?
Semua perkara di atas amat mudah terlintas dalam fikiran manusia kerana pada prinsipnya manusia sangat mudah berputus asa. Alangkah meruginya kita kalau fikiran-fikiran seumpama ini kita ikuti.
Koreksi Diri Sentiasa
Di saat manusia ditimpa pelbagai musibah dan masalah, tindakan bijak yang perlu kita lakukan adalah memuhasabah hubungan kita dengan Allah swt. Salah satu bentuk komunikasi yang perlu kita lakukan adalah berdoa.
Doa hakikatnya adalah penuntun kita untuk melakukan perubahan diri. Hidup kita bukanlah sestatis laut mati. Ia sentiasa bergerak dan berubah dari masa ke semasa. Banyak cabaran yang perlu kita hadapi setiap hari. Melalui musibah inilah, Allah akan melihat siapa hamba-Nya yang sebenarnya. Siapakah hamba-Nya yang bagus kualiti peribadinya? Siapakah hamba-Nya yang mahu melakukan perubahan? Dan perubahan inilah yang menjadi esensi dari doa yang kita panjatkan.
Ibnu Ata'illah menukilkan sesuatu yang amat berharga dalam kitabnya al-Hikam :
"Bagaimana engkau menginginkan sesuatu yang luar biasa padahal engkau sendiri tidak merubah dirimu dari kebiasaanmu? Kita banyak meminta dan banyak berharap kepada Allah swt, tetapi kerana sibuk meminta terkadang membuat kita tidak sempat menilai diri sendiri. Padahal kalau kita meminta dan akibatnya kita merubah diri sendiri, Allah akan memberikan apa yang kita minta kerana sebenarnya doa itu adalah pengiring agar kita dapat merubah diri kita. Jika kita tidak pernah mahu merubah diri kita menjadi lebih baik, tentu ada yang salah dengan permintaan kita."

Berdoa berjuta sekalipun, kalau kita tidak melakukan perubahan diri, ianya tidak akan berubah kerana sememangnya itulah ketetapan-Nya. Kekuatan seseorang untuk merubah dirinya dapat menjadi salah satu faktor yang menentukan kejayaan seseorang. Jika hidup selalu ditimpa musibah, hutang tidak pernah terlansaikan, pelajaran pun tidak dapat diikuti dengan baik, jelas itu menunjukkan ada yang tidak kena dengan diri kita.
Adakah semua ini kerana Allah tidak memakbulkan doa kita? Cubalah kita muhasabah diri. Tinggalkan kebiasaan-kebiasaan buruk yang selama ini sebati dengan diri kita. Tingkatkan kualiti dan kuantiti ibadah kita. Jika dulu kita orang yang panas baran, cubalah perbaiki sifat ini dengan mengingat-ingat akibat yang akan berlaku jika kita selalu marah kepada orang lain hatta masalah sekecil manapun.
Firman Allah dalam surah al-Ra'd ayat 11 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib suatu kaum sehingga dia sendiri yang merubahnya"
Allah sendiri telah menjamin akan mengabulkan doa setiap hamba-Nya sebagaimana termaktub dalam surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud :
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, Maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka selalu berada dalam kebenaran."
Oleh itu kita kena muhasabah diri. Lihatlah kekurangan yang ada pada diri kita. Jika kita inginkan kejayaan dalam peperiksaan, tapi tidak meningkatkan usaha dalam mengulang kaji pelajaran, jangan salahkan sesiapapun jika kita gagal kelak.
Doa yang kita panjatkan kepada Allah swt ibarat tanaman. Kekuatan kita untuk mahu berubah adalah benihnya. Manakala doa itu sendiri adalah bajanya. Baja akan membuat benih tumbuh, berbuah banyak dan berdaun lebat. Akan tetapi, jika kita hanya menebar baja tanpa sedikitpun benih yang kita tanam, apa yang akan tumbuh?
Jika doa semakin bagus, ini menunjukkan bahawa perubahan telah terjadi dalam diri kita secara perlahan-lahan. Jika kita meminta tiada henti, dalam masa yang sama kita pun bermaksiat, jangan salahkan siapapun kerana doa seperti ini ibarat gema kosong yang hanya memantulkan suara sahaja.
Demikianlah formulanya yang sangat sederhana. Siapapun yang ingin doanya dimakbulkan oleh Allah, jangan perhatikan apa yang kita minta, tetapi perhatikanlah apa yang dapat kita rubah dari diri kita sendiri. Misalnya, hidup kita sentiasa ditimpa masalah, hutang keliling pinggang dan sebelumnya jarang ke masjid dan mengikuti tazkirah agama. Mulailah dari sekarang, jika terlintas dalam fikiran kita
"Takkan lah saya ke masjid supaya Allah langsaikan hutang saya?". Cuba alihkan fikiran seumpama ini

"Mengapa saya harus malu diundang oleh Allah ke rumah-Nya? Mudah-mudahan setelah hutang saya langsai, saya akan lebih rajin lagi ke masjid."
Doa Tidak Dimakbulkan
Kadang kita berburuk sangka dengan Allah tanpa kita menyedarinya. Sudah banyak kali kita berdoa. Tapi mengapa doa kita tidak kunjung dimakbulkan. Tak kan Allah tidak dengar doa kita sedangkan Allah Maha Mendengar. Mungkin ada yang salah dengan doa kita.
Doa kita tidak akan dimakbulkan jika minda kita tidak percaya apa yang kita minta. Doa kita tidak akan dimakbulkan jika hati kita tidak rasa apa yang kita minta. Doa kita tidak akan dimakbulkan jika komitmen kita tidak dijalankan dengan sepenuhnya.
Apa yang kita minta, apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, dan apa tindakan yang kita lakukan, disitulah kunci makbul. Itulah sunnatullah. Ada sebab, ada akibatnya.
Jika kita minta dengan jelas, seiring dengan apa yang kita rasa, apa yang kita fikirkan, dan komitmen dengan tindakan yang kita lakukan, ianya akan membuka pintu rezeki atau peluang seperti yang kita kehendaki. Kadang-kadang peluang itu datang daripada sumber yang tidak disangka-sangka.
"Dan dia memberi rezeki kepadanya dari arah yang dia tidak menjangkakan. Dan sesiapa mempercayakan (tawakkal) kepada Allah, Dia akan mencukupnya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah mengadakan ukuran bagi segala sesuatu."
(Surah at-Talaq ayat  2-3)
Teringat pada satu kisah penduduk Basra yang pada masa itu sedang dilanda masalah sosial. Kebetulan mereka didatangi oleh ulama besar yang bernama Ibrahim bin Adham. Penduduk Basra pun mengadukan nasibnya kepada Ibrahim bin Adham.
"Wahai Abu Ishak (gelaran Ibrahim bin Adham), Allah berfirman dalam al-Qur'an agar kami berdoa. Kami penduduk Basra sudah bertahun-tahun berdoa, tetapi mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah?".
Ibrahim bin Adham menjawab, "Wahai penduduk Basra, kerana hati kalian telah mati dalam sepuluh perkara. Bagaimana mungkin doa kalian akan dimakbulkan oleh Allah?".
1. Kalian mengakui kekuasaan Allah, tetapi kalian tidak memenuhi hak-hak-Nya.
2. Setiap hari kalian membaca al-Qur'an, tetapi kalian tidak mengamalkan isinya.
3. Kalian selalu mengaku cinta kepada Rasul, tetapi kalian meninggalkan sunnahnya.
4. Setiap hari kalian membaca ta'awuz, berlindung kepada Allah dari syaitan yang kalian sebut sebagai musuh, tetapi setiap hari pula kalian memberi makan syaitan dan mengikut langkahnya.
5. Kalian selalu mengatakan ingin masuk syurga, tetapi perbuatan kalian justeru bertentangan dengan keinginan itu.
6. Kalian takut masuk neraka, tetapi kalian justeru mencampakkan diri kalian sendiri ke dalamnya.
7. Kalian mengakui bahawa maut adalah satu kepastian, tetapi pada kenyataannya kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
8. Kalian sibuk mencari-cari kesalahan orang lain, tetapi terhadap kesalahan sendiri kalian tidak mampu melihatnya.
9. Setiap saat kalian menikmati kurniaan Allah, tetapi kalian lupa mensyukurinya.
10. Kalian sering menguburkan jenazah saudara kalian, tetapi kalian tidak mengambil pelajaran daripadanya.
"Wahai penduduk Basra, ingatlah sabda Rasulullah saw, "Berdoalah kepada Allah, tetapi kalian harus yakin akan dimakbulkan. Kalian harus tahu bahawa Allah tidak berkenan mengabulkan doa dari hati yang lalai dan main-main".
Usaha Dan Doa
Usaha tanpa doa adalah kesombongan dan doa tanpa usaha adalah kebohongan. Doa dan usaha adalah dua hal yang tidak mungkin dipisahkan. Kita tidak boleh hanya berdoa sahaja tanpa melakukan usaha semaksimal mungkin untuk mencapai tujuan kita. Kita juga tidak boleh hanya berusaha sahaja tanpa berdoa dan mengabaikan Allah sebagai penentu sama ada usaha kita berjaya atau tidak.
Sesetengah manusia terlalu sombong, tidak mahu berdoa. Seolah-olah ia dapat menghasilkan sesuatu tanpa pertolongan daripada Allah swt.

Sesetengah manusia terlalu sombong, tidak mahu berdoa. Seolah-olah ia dapat beribadah tanpa pertolongan daripada Allah swt.
Sesetengah manusia terlalu sombong, jarang berdoa. Seolah-olah kekuatan manusiawinyalah yang dapat mewujudkan seluruh asanya tanpa pertolongan daripada Allah swt.
Dan rabbmu berfirman yang bermaksud:
"Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina."
(Surah al-Mukmin ayat 60)
Al-Syaukani rahimahullah berkata, "Ayat ini memberikan pengajaran kepada kita bahawa doa adalah ibadah dan bahawa meninggalkan doa kepada Rabb Yang Maha Suci adalah sebuah kesombongan. Tidak ada kesombongan yang lebih buruk daripada kesombongan seperti ini. Bagaimana mungkin seorang hamba dapat berlaku sombong, tidak berdoa kepada Zat yang merupakan Penciptanya, Pemberi rezeki kepadanya, Yang mengadakannya dari tiada dan Pencipta alam semesta ini, Yang Menghidupkan, Yang Mematikan, Yang memberi ganjaran dan Yang memberi balasan. Maka tidak diragukan lagi bahawa kesombongan ini adalah bahagian dari kegilaan dan kekufuran terhadap nikmat Allah swt."
 Dengan berdoa bererti kita merendahkan diri kepada Allah swt. Ia merupakan sesuatu yang paling mulia di sisi Allah SWT dibandingkan yang lainnya. Allah swt sangat suka kepada hamba-Nya yang merendah diri kepada-Nya dan menunjukkan bahawa hanya Allahlah Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Pengatur, Yang Maha Pencipta, tiada sekutu bagi-Nya.
Doa Mendekat Diri Kepada Allah
Allah sentiasa inginkan hamba-Nya dekat dengan-Nya. Pelbagai cara disediakan oleh Allah untuk mendekatkan hamba-Nya dengan-Nya. Antaranya dengan mendatangkan musibah. Tidak ada sedikitpun maksud Allah untuk menzalimi hamba-Nya kerana Maha Suci Dia dari sifat zalim.
Jangan berburuk sangka dengan Allah bahawa setiap musibah yang didatangkan kepada kita menunjukkan Allah sedang marah dan menzalimi kita. Ketika berdoa, yang paling utama adalah bukanlah dimakbulkannya doa kita atau hilangnya derita yang kita alami, tapi adalah meningkatnya kedekatan kita kepada Allah.
Betapa banyak orang yang hidup dengan limpahan harta kekayaan, jawatan yang tinggi, pujian dan penghargaan terus datang mewarnai kehidupannya. Namun semua itu tidak menjanjikan kebahagiaan kepadanya. Itu kerana dia mendapatkannya tanpa doa.
Berbeza halnya dengan orang yang mengenal Allah dalam setiap langkah kehidupannya. Itulah kekayaan yang hakiki.
Jadi hakikat doa adalah bagaimana dengan doa itu kita semakin dekat dengannya. Refleksi dari doa ini nampak pada akhlak yang tercermin dalam kehidupan harian kita yang menjadikan kita lebih baik di masa hadapan.
Ingatlah Allah itu Maha Memberi. Dia tidak lupa untuk memberi. Kita tidak minta diberi makanan, tapi Dia tidak lupa untuk memberi makanan kepada kita. Kita tidak minta diberi pakaian, tapi Dia tidak lupa untuk memberi pakaian kepada kita.
Ibnu Ata'illah menyatakan: "Bukan tujuan utama itu hanya sekadar berdoa. Tapi tujuan yang utama adalah agar engkau mengetahui adab terhadap Tuhanmu."