Thursday, December 13, 2012

Was-Was

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..




Kisah Abi Al-Wafa’ menyedarkan seorang yang was-was.

Abu Al-Faraj Bin Al-Jauzi mengisahkan dari Abi Al-Wafa’ Bin ‘Uqail: Bahwa seorang lelaki berkata kepadanya: Aku telah menyelam dalam air beberapa kali tetapi aku masih was-was atau ragu, adakah mandi wajib aku sah atau tidak ? Bagaimana pendapat tuan syeikh dalam perkara ini? Lalu syeikh menjawab: Beredarlah kamu, sesungguhnya engkau tidak wajib solat. Lelaki tersebut bertanya: Mengapa demikian? Jawab syeikh: Kerana Nabi (sallallahu alaihi wasalam) telah bersabda: “Tidak diberi dosa tiga golongan manusia: Orang gila sehingga dia siuman, orang tidur sehingga dia sedar dan kanak-kanak sehingga dia baligh”. Orang yang menyelam di dalam air beberapa kali tetapi dia masih ragu, adakah air sampai ke tubuhnya atau tidak, maka dia adalah orang gila.

Was-was atau keraguan adalah berpunca dari hasutan syaitan.

Firman Allah SWT : “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekelian manusia, yang menguasai sekelian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia". (An-Nas : 1-6)

Antara usaha untuk mengatasi was-was ialah membaca isti'azah (memohon perlindungan kepada Allah) agar dilindungi dari hasutan syaitan. Di antara isti'azah yang biasa ialah ta'awwuz iaitu lafaz "A'uzubillahi minasy syaitonir rajiim" (aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam).


Wallahu 'alam.




Sumber: Blog Tazkirah


2 comments:

Ain SSB said...

Assalammualaikum Kak Elin! :)

Adik lelaki ain ni selalu sangat was-was...dia terlampau fikirkan whether dia dah buat ke belum sesuatu yg dia patut buat tu. Kdg2 kesian jugak dgn dia, pening pon ada. huhu. Hopefully, nnt dia dah besar sikit, he'll get better...InsyaAllah. Ain pon kadang2 was2 jugak...huhu.

elin.shazlin said...

Waalaikumussalam adik ain... =)
Amalkan baca surah An-Nas.. Sebab kelebihan surah ni dapat melindungi kita dari ditimpa penyakit was-was... insya Allah... Hopefully perasaan was-was adik ain berkurangan... Aamiin.. Akak pun kadang2 selalu rasa was-was jugak.. Huhu