Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Dulu masa kecik2, cecita cita-cita nak jadi chef.. semua gara-gara asyik tengok cite masakan kat tv.. Setiap episod asyik tunjuk masakan sedap2 pastu comel2 terus rasa nak jadi chef. sebab nya? ingat dapat makan sedap2.. haha.. tapi bila besar da lain.. cita-cita pon dah berubah.. tapi entry kali ni bukan nak cerita pasal cita-cita berubah jadi apa bila da besar ni. entry kali nak cerita tentang masakan terhebat... Masakan siapa? Masakan yang terhebat selepas masakan seorang IBU.. masakan yang turut dipenuhi kasih sayang dan masakan yang simple tapi mampu memberi kesedapan tahap maksima... iaitu MASAKAN SEORANG ABAH a.k.a ayah, abi, papa, daddy dan sekumpulan dengan nya...
Alhamdulillah... saya dikurniakan seorang abah yang selalu kalau memasak siap masak untuk anak die skali, tak perlu tanya anak die nak ke tidak. Bila da masak, panggil je masuk dapur ambil makanan, semua meluru masuk dapur walaupun masa tu kat tv tgh tayang cerita feveret, walaupun masa tu tengah seronok chatting kat facebook, twitter, walaupun masa tu tengah sibuk update blog.. semua da tak peduli sebab panggilan makanan yang dimasak oleh seorang abah ni mempunyai aura yang sangat istimewa.. begitu la al-kisah nya... siapa pernah rasa apa yang ayah dia masak? angkat tangan.. mesti sedapkan walaupun hanya semangkuk megi perisa kari dan hanya telur goreng... Bila makan mesti rasa tak cukup... rasa nak tambah2 nak suruh2 abah kita masak lagi dua periuk... begitulah nikmatnya air tangan seorang abah...
*ni megi abah saya yang masak*
Salah satu moment paling indah bersama seorang abah ialah bila kita tengah khusyuk belajar.. Fokus 100% sampai lupa makan, tiba2 abah kita hulur sepinggan makanan yang dimasak oleh abah... kenangan yang sentiasa tersemat dalam hati dan ingatan... *harap dapat seorang suami macam abah*
Syukur Alhamdulillah... diberi nikmat oleh Allah merasa masakan seorang abah... betapa berharga nya saat2 menikmati masakan itu.. Terima kasih abah.. sebab masakkan, sebab selalu bancuhkan air kegemaran, sebab selalu buat air laici + nenas yang sedap dan tiada tandingan... I love u so much.... love u lillah hatta fil jannah abadan abada...
Ya Allah, kurniakan lah abah ku umur yang panjang, kesihatan yang berpanjangan, rezeki dan nikmat dari Mu dan lindungilah abah ku di dunia dan di akhirat... Aamiin ya rabbal alamin....
eh comey pulak baby ni duduk dalam periuk.. suke die duduk dlm tu ^^
p/s: Mama and abah masak apa pun sedap... =D oh baru perasan entry minggu ni asyik cakap pasal makanan.. =p
No comments:
Post a Comment